Saturday, January 2, 2010

Selamat Hari Lahir Najwa dan Selamat Berjuang Di Arau Perlis Pula.. ^_^

Najiha (kakDe) dan Najwa (kakNgah) - jauh pulak la terpisah anak2 dara akak ni nanti...

Salam semua...Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 semua...Maaflah akak tak sempat nak jenjalan rumah uols amik kad ke, nak wish ke..bz terlampau kerana melangkah aje tahun baru, pada hari ini akak dan hubby memulakan perjalanan yang agak jauh juga kerana terpaksa menghantar Najwa yang telah diterima masuk ke Program Penerapan Ke Ijazah di UiTM Kampus Arau, Perllis pula dan akan mendaftar pada 3 Januari. Program ini baru sahaja diperkenalkan bermula tahun ini dan pelajar yang terpilih mestilah mendapat keputusan purata (CGPA) 3 pointer ke atas bagi tiga semester yang dilalui di peringkat Diploma dan ianya ala-ala program "fast track" yang diperkenalkan sebelum ini di mana students yang terpilih hanya melalui 2 tahun untuk mendapatkan Diploma dan 2 1/2 tahun ke program peringkat Ijazah.

Sebelum ini Najwa duk berulang-alik dari Kuantan ke Segamat kerana mengikuti program peringkat Diploma dan baru-baru ini permohonan secara online bagi program ini telah dibuka dan alhamdulillah, rezeki berpihak kepadanya kerana baru sahaja belajar selama 1 1/2 tahun (3 semester), dia ditawarkan masuk terus (diserap) ke peringkat Ijazah ini dan akan mula belajar terus dlm Semester 2 (Part 2). Masa mula-mula dapat tawaran dia berbelah-bagi jugak nak terima tawaran atau tidak...Lagipun, course dia ni hanya diletakkan di Kampus Arau saja dan 30 orang pelajar bagi course Mathematic Management ini telah terpilih di kampus tersebut. Akakpun rasa alahaiii, tak payahlaahhh..jauhnyaaa..huhuuu...Arau sana...Kuantan ke Arau rasanya perjalanan hampir 8 jam kan...buntu jugak akak, hb dan dia...hehee..

Kemudian akak telahpun menelefon pihak UiTM Shah Alam, Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk mendapat gambaran program ini dan setelah dijelaskan seperti di atas dan maklumkan pada Najwa...akhirnya kami sama-sama setuju supaya dia menerima tawaran tersebut kerana menurut pihak U memang ramai yang memohon dan gagal dipertimbangkan. Pastu nak puashati tentang penginapan di kolej akak telefon pulak UiTM Arau Bahagian Kolej Penginapan...insyaAllah ada, no worries...siap aje la duit untuk ke sana..uiihhhh...yuran pun dah online ke pihak U kelmarin..

So, akak akan memulakan perjalanan pada hari ini dari Kuala Lumpur setelah bertolak dari Kuantan petang semalam. Akak ajak adik akak n suaminya ikut sama, xpun kami hanya bertiga sahaja. Nanti bila balik akak n hubby je pulak, x seronok jek..hehe. Aiman terpaksa akak tinggalkan bersama family adik akak di Kuantan memandangkan akak hanya akan balik menjelang malam/tengahmalam Ahad. Ya la, hari Isnin ni penggal persekolahan telah bermula kan...Tengoklah, kalau sempat Ahad malam tu akak balik laa..xpun singgah di Gombak dulu then pagi Isnin akak baru balik ke Kuantan...Sian pulak kat Aiman...tp dia cakap, "Aiman tak kesaaaahhhh" hehee....So till then...babaiiiii...Sekali lagi, Selamat Tahun Baru dan kepada anak2 yang bersekolah Selamat Kembali Ke Sekolah eh...

Buat Najwa, kebetulan hari ni adalah harijadinya...Selamat Hari Lahir Yang Ke 20 Kakngah dan diterima masuk ke Program Penerapan ni bagai satu hadiah buatnya, jimat masa belajar kan...Akak pun hanya sempat buatkan kek batik dan sweet raisins bun aje laah untuknya seperti yang diminta untuk bekal ke sana...Selamat Meneruskan Perjuangan Dan Berusahalah Demi Kejayaan...muaaahhhsss!!
(*pssst..hari tu masa mula2 hantar dia ke Segamat pun akak balik rumah nangis...ni ntah laaa..hik, hik..apalah punya rawan hati akak nih)

12 comments:

  1. salam ummi..janganlah nangis..kang akak ikut menangis sama..
    janji anak-anak nak belajar..biarkan ajer..jimat masa...tapi mungkin pembelajaran akan lebih susah lagi kot..tapi insyallah semuga anak kamu berjaya..

    ReplyDelete
  2. k.ummi...ct faham perasaan seorang ibu. tak per kak, ct turut tumpang gembira kalau anak kita berjaya hingga ke menara gading. Harap anak ct akan sampai ke tahap itu juga nanti.

    Selamat hari lahir juga buat Najwa semoga berjaya dengan cita2 dan jadi anak yang soleha.

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday to Najwa...may lots of success be upon U! :)

    KakUmmi, be strong dear. :)

    ReplyDelete
  4. hehe...xpe akak, kt perlis ni meh saya tlg jagakan ank dara akak..hehe...

    ReplyDelete
  5. salam kak ummi...
    biasalah kita sbg ibu ni kan...
    leen nak masuk spital nak tinggalkan dua org tu kat umah MIL pun nangis, apalagi jauh2 mcm ni kan...faham bebenor kak...leen ni lagi cengeng bab anak-anak ni..hehe...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ummi,
    Tahniah buat najwa, memang sedih kak nak tinggalkan anak jauh2, tapi demi masa depan mereka terpaksalah kita berkorban....

    ps..paling sedih bila lambai2 tangan nak balik tu.....

    ReplyDelete
  7. salam ummi. anak kita yg 12 tahun esok pun kena masuk asrama..sedih gak.tapi demi mase depan dia kita mak ayah kena berkorban kan...huhuh!congrat to najwa..peluang yg baik tak dtg selalu..just grab whatever chances and prey for the best!

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Ummi,
    Selamat hari lahir & tahniah buat Najwa... selamat berjuang ye.. Buat kak Ummi, jangan sedih2... nanti boleh selalu jalan2 ke Arau la melawat Kak Ngah :)

    ReplyDelete
  9. Lagi-lagi anak pompuan kan? uwaaaa

    ReplyDelete
  10. 1. Selamat Tahun Baru buat Ummi sekeluarga
    2. Selamat Hari Jadi buat Najwa
    3. Selamat memulakan kehidupan sebagai pelajar Ijazah buat Najwa.
    4. Selamat dalam perjalanan pergi dan balik dari hantar Najwa
    5. Pokoknya...selamat semua sekali lah... amin....
    p/s : Adik Ummi dah belikan acuan tu kat Tesco lom? Kalau dah, harus kena singgah tuuuuu....

    ReplyDelete
  11. happy belated birthday gak buat anak dara manis ni..

    ReplyDelete
  12. Salam...Happy Besday Najwa... oooh...masuk UitM Arau...takpe...tu kampung SK tu.... banyak homestay kat sana...everything murah...nak shopping padang besar anytime...weekend boleh pi langkawi...haha...karang risau pulak emak awak uncle suggest mcm2 ni...haha

    ReplyDelete