Monday, December 28, 2009

Pankek Jagung

Ni sarapan pagi Sabtu kelmarin...ngeeeee...dah licin la yaaa..jgn mintak..akak bz sikitlah keluar beli barang2 anak2 dah nk masuk U balik...semalam abanglong dah balik U semula...huhuuuu...Next week dah Najwa pulak...Ok laaa, layan je gambor ni eh....Resepi sendiri punya suka hati aduk2...hehe..xda lah nak memuji sedap, tp not bad...

Bahan:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sb. tepung jagung
  • 2 biji telor - dipukul sedikit
  • 1/2 tin jagung manis*
  • 1 cawan susu segar* (dikisar bersama, jgn terlalu halus)
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sk. baking powder
  • 1/2 sk. soda bicarbonate
  • 1/2 sk. lada sulah
  • 1/2 biji bawang besar - didadu
  • 1 biji cili merah - cincang
  • sedikit daun bawang dan daun sup - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak

Cara-Cara:-

  1. Ayak tepung bersama soda bicarbonate dan baking powder.
  2. Dalam mangkuk besar, campurkan telor, susu dan jagung yang dikisar.
  3. Kemudian masukkan tepung dan bahan2 lain kecuali minyak dan adun sebati.
  4. Panaskan beberapa titis minyak dlm kuali/pancake pan, dan tuangkan sesenduk adunan, ratakan. Biarkan adunan kekuningan dan terbalikkan sebelah lagi dan biarkan masak kedua2 belah hingga kuning keemasan.
  5. Boleh dimakan begitu saja atau bersama lebihan kuah kari jika ada...

No comments:

Post a Comment