Sunday, October 25, 2009

Jalan-Jalan Makan Kenduri - Pengantin Serba Merah Yang Cukup Menawan..

Cantikkan bouquet fresh flowers tuh!!
Weekend ni akak mmg x masak2 sangat, cukup bz...Hari Sabtu akak sekeluarga ke Muadzam Shah bagi menghadiri jemputan kenduri kahwin anak ex-officemate masa akak kerja di sana dulu iaitu Encik Latif dan Puan Esah Ali...Ini merupakan perkahwinan anak perempuan ke 4 beliau, sebelum ni akak x pernah berkesempatan menghadiri jemputan kenduri anak2 beliau yang terdahulu...Hari tu jugak adik akak dan suaminya yang datang dari Klang dan bawak mak sekali datang ke rumah...tapi tdo di rumah adik lelaki akak..Malam tadi makan di rumah abang kat Felda Bukit Sagu, tengahari tadi makan nasi di rumah akak la pulak...lepas asar tadi diaorang balik ke Temerloh.
Ni nak citer gi kenduri laaa..hehee...Sebenarnya akak xdalah bawak camera pun semasa ke sana dan x bercadang langsung nak ambil gambar2 ni. Semasa sedang menjamu selera, pasangan pengantin diarak dan melalui kawasan khemah tetamu...Akak dan anak2 dara (Najwa n Najiha) sendiri terpegun dengan warna merah yang dipakai oleh pasangan pengantin ni...Cantik sangat2 pada kitaorang...So akak pun mintaklah Najiha snap gambar2 menggunakan hpnya...Dia pun teruja jugak sebab pada kami, ini adalah antara warna pakaian yang paling cantik di kalangan orang kebanyakan yang pernah kami lihat. MERAH TERANG!!....sungguh mengasyikkan!!..kebetulan kedua2 pasangan memang putih melepak...so sesuai sangatlah..Jadi kitaorng pun masuklah ke dalam rumah tersebut...waaaaaaahhhhhhh!!! Melihatkan pengantin duduk di pelamin dengan semua bunga2 segar dirias di keliling n belakang pelamin, termasuk bouquet bunga besar di 4 penjuru pelamin segalanya menggunakan bunga2 hidup/segar belaka...sangat cantik dan berpadanan dengan tema merah-putih yang digayakan di atas pelamin. Dalam bilik pun so sweet dengan rona pink n white with fresh flowers!! Bukanlah x biasa tengok orang menggunakan fresh flowers tu..tp tengok rona merah terang n putih tu yang jadi semakin berseri pengantin tu...Menurut salah seorang sahabat akak di situ, anaknya menggunakan khidmat Mak Andam dari Kuantan dan begitu jg dengan kakak2nya yang terdahulu..Okayy laayyaaannn...zaaassstttt!!
Memang naik sangat seri kedua2 pengantin ni dengan rona merah putih tu..Sarah Liyana dan suaminya (x igt nama pulak, kad tertinggal kat ofis)
Gambar dr hp ni mmg kurang sikit apa lg dlm rumah...tengok kat luar, mmg cantiiikkk


Bilik pengantin so sweet, bila tengok betul2 tau..Ni maklumlah guna hp jek, so kurang jelas....simple n sweet touch!!
Semua bunga yang kelihatan ni adalah dari bunga2 hidup jugak..
Najwa dan Najiha sempat bergambar dengan Shafiqah, kawan lama sebelah rumah semasa kami menetap di Muadzam Shah dulu..
serba serbi merah putih..

8 comments:

  1. Uish the bride luks gorgoes in that dress! ;) Merah menawan! ;)

    ReplyDelete
  2. Love -
    Hehe...Love suka merah lah eh..mmg cantik sangat2 Love..tu kena dgn orangnya jgk...x puas pandang tau..! Lalu pulak kat panas terik tu..ha, memancar2 naik silau merah tu..cukup menawan!

    ReplyDelete
  3. Salam Ummi. First time I tengok brides used that colour so sweet and awesome. Eventhough pelamin dia simple tapi tak tahu lah memang nampak cantik sangat.

    Last year kan I went to Kerteh ada jemputan kahwin that couple pakai purple colour tp purple tu mmg I tak pernah tengok memang cantik sgt

    ReplyDelete
  4. penampilan yg sgt berani dgn merah terang!!! kena lak dgn fresh flowers...wow!

    ReplyDelete
  5. Psstt Ummi... apa kata, tahun depan punya baju raya, Ummi dan suami pakai kaler ni... Pas tu amek gambar ala ala bersanding.. mesti debomb! Hihihi...

    Tahniah buat pasangan mempelai. Moga berbahagia bersama selamanya...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ummi...
    Cantiknye!!! guna fresh flowers semua ye... laaagi la cantik... suke sangat yg hiasan bilik tue. Warna pink putih lembut... uish, rasa cam nak bersanding lagi skali je.hahaha

    ReplyDelete
  7. kena dgn orgnya yg putih melepak lagilah brseri ummi, pngtin tu pun lawa2 belaka.. so sweet sekali!

    ReplyDelete
  8. Kak Ummi, memang cantik. Sapa mak andam kat Kuantan tu? Boleh jugak recommend kat sapa2 yg nak kahwin nanti di Kuantan coz ada lagi sepupu2 yg tak kahwin di Kuantan tu.

    ReplyDelete