Wednesday, October 21, 2009

Ayam Masak Merah Ala Maghribi

Ni masak dinner malam kelmarin dah actually, tp x sempat nk letak entry sebab duk bz wat ciskek tuk Aiman dan melayan makan2 dengan family adik semalam. Adik ipar siap bawak set Combo KFC la pulak n pesan kat akak x yah masak nasi dah semalam..hehe..rezeki jangan ditolak..so akak x memasak la semalam...kiranya wat mini party anak beranak je laa tuk Aiman tu haa...konon potong2 kek laa..(eh cheese cake..hehe). So terimalah persembahan yang dah licin pun, n kalau ada pun mesti dah basi..wakakaaa...Resepi asal dari Chef Wan tp akak ceduk dari dapur Noreen yang cantik dan rajin memasak tu..Thanks ya Noreen, Ummi C & P n ada adjust sikit bahan ikut apa yang ada kat dapur ni...sebenarnya igt nak wat nasi Harissa lawan dengan ayam ni, tp disebabkan daun ketumbar dah merata kedai cari xda, last2 makan dengan nasi putih jek..agaknya raya Deepavali ramai Indian masak guna daun ketumbar kot, xpun ladangnya habis diragut kambing, ntah laaa..hehe..lain kali la pulak wat nasi Harissa tuu..huhuuu

AYAM MASAM MERAH ALA MAGHRIBI
Resepi Asal : Chef Wan
Sumber: Noreen

Bahan-bahan:
  • 10 keping ayam
  • 2 cm halia - dicincang
  • 2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk halus
  • 1 sudu kecil saffron (*ummi x letak pun)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 tin (227gm) chopped tomato (*ummi cincang fresh tomato jek)
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah, nak kasi pedas sikit..hehe)
  • jus lemon dari 1/2 biji
  • segenggam daun ketumbar - dihiris (*xda ni..puas cari 2 3 kedai kat rumah ni..hampeehh xda belaka)
  • 15 biji buah zaiton hitam (*Ummi gantikan dengan kismis)
  • air secukupnya
  • minyak dan garam secukup rasa
Cara:-
  1. panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  2. masukkan ayam dan digorengkan sebentar dengan serbuk ketumbar dan lada hitam
  3. setelah ayam sudah agak garing sedikit, masukkan air, chopped tomato, madu dan saffron
    kacau rata
  4. masaklah sampai ayam betul2 masak dan empuk barulah dimasukkan garam, buah zaiton, jus lemon serta daun ketumbar
  5. angkat dan hidangkan dengan nasi pilaf, nasi tomato, nasi minyak atau nasi putih

note: jika di makan keesokan harinya akan bertambah sedap.

8 comments:

  1. adusss...dh terliur dh ni kakkk!!!

    ReplyDelete
  2. salam kak ummi...wah!!!memang sedap nampak tu...


    p/s..happy birthday to aiman...semoga menjadi anak kebanggan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  3. ala maghribi? masak waktu maghrib dekat padang pasir ya. he he he

    ReplyDelete
  4. pergi maghribi hari ni ye kak ummi.. :)

    ReplyDelete
  5. Datang curik resipi cheese cake buleh pulak makan ayam maghribi cedapp neh.. fuh! berbaloi kayuh beskal jauh-jauh.hehehe

    ReplyDelete
  6. la... g makan ayam kat maghribi ya.. tak ajak nor sorang :D

    ReplyDelete
  7. salam k'ummi...
    nak cuba resepi kak ummmi, tak tahu la jadi ke tak... mintak halal yer...

    ReplyDelete
  8. Ain -
    Terliur eh..hehe..pi lap dulu air liur tu..

    Ima -
    Memang sedap gak laa..rasa kismis lg menyedapkan, kalu letak zaitun hitam tu kot lg sedap la agaknya..(kira2 makan rasa duk kat Maghribi la..(*thanks ya doa tuk Aiman tu..amiiinn)

    Geraugebang -
    Hehe..mmg pun selalu time masak Ummi wktu senja2 nk maghrib la..pastu maghrib nak makan daahh..hehe, ala2 habuk pasir ada laa..

    Sunkist -
    Ntahla akak tersilap naik kapalterbang la kot Ida..hehe

    Ijan -
    Haha..mmg berbaloi-baloiii (*tumpang iklan Celcom Blue lak)

    Nor -
    Hehe..lain kali Ummi ajak eh..terlajak la Nor, xleh undur dah kapalterbang ni..hehe

    Haslinafirdaus -
    Hehe..bkn resepi akak jgk pun, cilok dari dpur Noreen gak tu..kita share2 la kat sini kan..Silakan try eh..

    ReplyDelete