Sunday, August 30, 2009

Siakap Masak Tiga Rasa - Resepi Kak Liza

Menu berbuka hari Jumaat nih....anak2 ada balik ni kena masak lauk kegemaran diaorang laa..semua suka kalu masak camni, x kira lah..3 rasa ke, 5 rasa ke, sweetsour ke, masak pedas ke, bersos tomato ke...mesti laku...Dah macam2 siakap akak try, yang ni try dari dapur Kak Liza dari buku Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza tuh...simple...thanks Kak Liza..tapi Ummi ada lah adjust dengan bahan2 yang ada kat dapur dan nak menghabiskan stok..halal ya Kak Liza...
Bahan A:-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (*ni ummi tambah nk habiskan stok)
  • 1/3 biji capsicum hijau (*ni ummi tambah gak)
  • 1 biji tomato - didadu kasar) (*ni ummi letak, jadi xletak yg dibelah dah)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan

Bahan B:- (untuk sos)

  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir

Bahan C:- (untuk hiasan/tabur)

  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)

Cara-Cara:-

  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (*akak gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan (*akak bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (*akak tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment