Saturday, August 1, 2009

Honey Prawns

Udang lagikk..!! Dah nak kena perabihkan laaa...kelmarin buat udang oat je makan malam...tengahari semalam lunch break lama jugak laaa..hari Jumaat kan...akak try pulak la udang madu Dayangjack ni..orang lain semua dah buat, terliur tengok...baru ni sempat nak buat...thanks Dayang..hingga menjilat jari..tinggal x jilat pinggan je lagik..malu kang kat anak2..wakakaaa...so macam biasa, mintak izin C&P ya Dayang..

Bahan-bahan :-

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara :-

Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

1 comment: