Tuesday, August 25, 2009

Ayam Goreng Buttermilk

Ha..sebenarnya, yang ni menu dinner ari Jumaat sehari sebelum pose yang terlewat posting..ala-ala ongputeh..hehe...so dah licin ni...layan gambor je la yaaa...sapa nk buat untuk anak2, sedap nih, macam ayam KFC gitu..! Resepi dari Mommamia kat MyR tu...akak tumpang kopipes je kat sini ya tuan pnya resepi..hehe

AYAM GORENG BUTTERMILK
Resepi: Mommamia @ MyR

Bahan-bahan ( 4 orang makan):-
  • 1 ekor ayam potong 8
  • 1 cawan buttermilk (akak substitute 1 cawan freshmilk + 1 sb. limau nipis, kacau n biarkn 10 minit baru guna)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil garam ( nak masin tambah lagi)
  • 1 sudu besar paprika
  • 1 sudu besar garlic powder ( kalau takde, perap ayam guna 4 ulas garlic ditumbuk)
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Minyak yang cukup untuk deepfry.
Cara-Cara:-
  1. Perapkan ayam dengan buttermilk 1 jam. Kalau semalaman lagi sodap la..(make sure ayam tuh kering..tak berair2)
  2. Campur semua bahan2 lain dalam plastic bag.Kalau ade yg ziplock tu lagi senang keje. Seal/Ikat pastu goncang2 sket.
  3. Masukkan ayam 2 ketul dlm plastic bag tepung dan goncang2 utk salut. Ulang untuk semua potongan ayam. Jgn letak semua sekali ayam dlm bag tu.Susah nak goncang dan tak rata sangat.
  4. Keluarkan ayam2 yang telah disalutkan dan biar seketika (dlm15 min) Sambil tunggu, panaskan minyak.
  5. Make sure minyak betul2 panas dan gorengkan ayam tuh sampai golden brown.Api kecik je,sbb nanti garing sgt tapi dalam tak masak. ( biasanya dalam 15 - 20 minit).
  6. Serve dgn coleslaw ngan mash potato cam kat kfc tu kalau rajin nak buat! hehe! Kite suke makan ngan jagung rebus sapu butter n salt jek. Sedap woo..try try!

5 comments:

  1. ummi,mane nak cari buttermilk? kat oversea mmg senang nak jumpa tp sini,saya xtau nak cari mane. kdg2 nak try resipi dr luar tp x jumpa buttermilk.

    anyway, saya dah cuba mcm2 resipi ummi.. asam pedas bungkus, honey panna cotta, ikan berlada.. semua best.

    skrg senang, bila hubby xtau nak mkn apa, saya suruh dia refer sini je.

    mlm ni dia minta masakkan sambal pekat tumis sotong!

    ReplyDelete
  2. betullah kak, mana nak dpt buttermlk ekh..??payah nak jumpa. may be cold storage ada kot sbb fav place for mat salleh.

    ReplyDelete
  3. Liz -
    Memang susah sikit nak dapat buttermilk, tp boleh substitute macam akak tu...boleh je eh..apapun try dulu eh..Thanks for trying...mst suami Liz makin sayang pasni..hehe

    Ain -
    Yoo laa Ain...buttermilk ni certain supermarket je ada..akak penah cari kat Cold Storage Ktn ni..xda pun..tp bila refer kat tenet, kita leh substitute mcam akak buat tuh..kalu nak lebih sikit lime tu pun xpa..okayyy

    ReplyDelete
  4. semua resep yang ada di sini enek2 y

    ReplyDelete
  5. Ummi, kiranya buttermilk ni lebih kurang macam yoghurt ke? Sebabnya yoghurt/dadih dibuat guna susu suam dicampur dengan jus limau nipis

    ReplyDelete