Tuesday, August 18, 2009

Apricot Glazed Wings (Chicken)

Resepi dari my beloved sis JC (Jun) yang menetap di Orlando sana..dah agak lama akak kenal Jun ni di alam maya...dia mulanya menghantar email ingin berkenalan dan suka nak kenal akak katanya..akak baik eh?? hehee...ya ke? Seterusnya kami sentiasa berchatting, bercerita dan berkenalan sedikit sebanyak dan dia tidak kesah share melalui email resepi2 yang telah dibuat oleh beliau..memang handal jugak rupanya...Cuma akak je baru sempat try satu dua resepi Jun ni..Beliau ni rajin mengambil tempahan kek, cookies, pie or tart duk kat Orlando sana tu, boleh tengok kat Sini jugak...Lalu akak suggest dia create blog masak2 pulak memandangkan dia ada resepi yang banyak sekali untuk dikongsi..Pagi semalam masa berchatting, dia dah bagitau akak untuk publish her new cooking blog untuk di share sama...so nice of you...Xpa ya Jun, akak berkesah sikit pasal Jun kat sini..hehe..Ini salah satu resepinya...meh salin..memang sedap..betul2 "east-meets-west" punya resepi betuiiii, very simple n yummy...
Jun, selamat datang ke dunia cyber masak2...ayuh kita berblogging n sharing everything dengan ikhlasnya di sini k....muaahahhh

Bahan:-

  • 2 pound kepak ayam (akak masak separuh ayam)
  • 1 cawan apricot preserve/jam
  • 1/2 cawan marmalade jam
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 1 sudu kecil hot sos - tabasco
  • 1 ulas bawang putih - cincang

Cara-Cara:-

  1. Dalam blender, satukan kesemua bahan dan blend sekejap.
  2. Bahagi dua bahan, satu bahagian disapu/lumur pada ayam dan gaul mesra. Satu bahagian bahan lagi disimpan untuk disapu lagi semasa bakar.
  3. Perap ayam semalaman supaya rasanya sebati (akak perap 4 jam jek..hehe..x sabor2 jek).
  4. Bakar pada suhu 200 C selama 30 minit (balik-balikkan ayam sambil disapu dengan lebihan marinade apricot tadi..)

5 comments:

  1. sat lagi boleh ler terjah blog kwn kak ummi ni.

    psst...kepak ayam tu ada lg tak kak..nak 2 3 ketui.hihi

    ReplyDelete
  2. Va va vaaaa sedapnya nampak ayam tu! Lenkali kalau nak masakkan mama, ma tak mau wing eh, ma nak drumstick. Hehehe... ini yang dikatakan, beri betis nak PAHA... hahahaha....

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik ni.. hujan2 gini memang sedap dinikmati sesama family.. sat g pi cari wing kat giant lah..

    ReplyDelete