Salam semua...maaf lah sebab sebelum pergi bercuti untuk Majlis Hari Keluarga Kelab Keluarga dan Kebajikan Lembaga Pembangunan Tioman (my ofis laa) baru-baru ni akak sangat2 tidak sempat meninggalkan pesan di sini...2 3 hari sebelum pergi, banyak persiapan perlu diatur oleh semua AJK terlibat, balik lambat ke rumah dan penat sangat sampai ke rumah...rasa nak berlunjur kaki je..Pada 5 Jun 2009 tu, akak dan AJK lain dah bertolak ke Sanctuary Resort Cherating, 30 km dan lebihkurang 40 minit dari bandar Kuantan. Kami kena tinjau dan buat persiapan akhir di sana dan menunggu anggota perkhidmatan beserta ahli keluarga masing-masing dari Pulau Tioman yang menaiki bot dari Pulau Tioman ke Jeti Tanjung Gemok, Rompin dan seterusnya mereka menaiki bas yang disewa oleh ofis ke Cherating ni. Akak dan AJK jugalah yang akan membuat pendaftaran bilik2 penginapan untuk mereka dan menyerahkan goodies masing-masing...kesian, diaorang ni memang penat giler tengoknya...dah lah meredah lautan selama 1 jam 45 minit, pastu naik bas pulak lebihkurang 3 jam setengah untuk sampai ke Sanctuary Resort Cherating ni. So, cuci2 mata la dengan sebahagian gambar yang sempat akak n anak2 snap...kadang2 terlupa...Resort ni mempunyai apartment 2 bilik dan 3 bilik...nnt akak letak lagi bila dapat yang officemate punya camera, insyaAllah...
Suasana memang menarik dan kolam yang tidak terlalu besar, tetapi cukup untuk menyeronokkan anak2 dan mak bapak jugak..hehe..bilik akak di seberang sana, tingkat bawah..hehe..apartment 2 bilik..promote nih!!
Pemandangan dari veranda bilik Ummi di Ground floor, anak2 sume hilang pergi mandi kot, Ummi duk rest kat sini kejap, angin bertiup best wooo...cuma x dapat nak bilik yang seaview di tingkat atas gitu..setiap blok ada 4 tingkat dengan lif sekali.
Pemandangan dari veranda bilik Ummi di Ground floor, anak2 sume hilang pergi mandi kot, Ummi duk rest kat sini kejap, angin bertiup best wooo...cuma x dapat nak bilik yang seaview di tingkat atas gitu..setiap blok ada 4 tingkat dengan lif sekali.
Sessi pendaftaran dibuat di sini..ni kebanyakan anggota dah check-in pun..Kitaorang dapat buah tangan dari staff dari pulau sana, buah mempelam dodol..bosauuu oooiii, berebut..hehe
Borak-borak sambil menunggu sebahagian kakitangan yang belum check-in lagi...japgi nak gi rehearsal lak..hehe
Aiman dah berendam awal-awal sampai lagi...Sebenarnya Ummi datang sini dengan geng ofis awal pagi sebab kena bertugas, tapi anak-anak datang dengan hubby yang jadi Bendahari Kelab dah tak banyak tugas, so selepas solat jumaat, jam 4 ptg diaorang sampai selepas ambik Najiha di hostel Uitm tu..nak join gak dia..
Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang...selamat maju jaya Tuan Haji..
Ada yang lepak di meja yang di tempatkan di tepi-tepi kolam...santai gituuuu..
Sebahagian yang mendengar ucapan sebelum acara makan bermula..hehe, sabar diaorang ni walaupun penat sejak pagi bertolak dari Tioman
seronoknya gi family day! we all dh 2 tahun x dpt join family day opis hubby. time family day aje, dia outstation. nasib la..
ReplyDeleteseronoknya ummi...lama dah tak pergi family day...
ReplyDeleteyg best bab makan2lah hihihi
Bestnye cuti2 ramai2 gitu... ni gambar anak2 je, gambar umminye kat kolam renang takde ke? ke dah di saring dulu? hehehe :D
ReplyDelete