Saturday, April 11, 2009

Simple Chocolate Cupcakes

Hari tu jalan-jalan kat fp Rinnchan..nampak lak Rinn buat cupcakes ni..Terliur lak, lagipun lama jugak x buat muffin hehe...layaannn...sedap nih!!! Resepi asal adalah dari Maklang Azie, apapun thanks to Rinn yang promote habiss cupcakes nih..hehe...Ummi buat 2 versi, sebahagian letak almond dan sebahagian lagi kosong je sebab anak2 x suka letak almond tu..Ummi lak suka ada almond...dapatlah 20 biji saiz sedang..layaaannn..

Bahan A:-

  • 2 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 tsp. baking powder
  • 2 tsp. soda bikarbonat (*ummi letak 1 1/2 tsp. je)
  • 3 tsp. serbuk instant nescafe
  • secubit garam halus

Bahan B:-

  • 2 cawan gula castor
  • 1 cawan minyak jagung/minyak sayur
  • 1 cawan susu cair (*ummi letak susu segar)
  • 3 biji telor

Bahan C:-

  • 3/4 cawan air panas
Cara Membuat:-
  1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan semua bahan A yang telah diayak.
  2. Dalam bekas lain, campurkan semua bahan B dan pukul sebati.
  3. Putar bahan A perlahan-lahan sambil dimasukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Lajukan putaran sehingga semua sebati.
  4. Tuangkan air panas dan putar sebati.
  5. Isikan 3/4 adunan ke dalam paperliners atau souffler atau muffin cups.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175 C selama 20 -25 minit bergantung kepada oven masing-masing. Jika membakar dalam bentuk sebiji kek, gunakan suhu 160C selama 1 jam atau hingga masak.

1 comment:

  1. Salam kenal dan salam ziarah...

    Amboi...terliur tengok cupcakes tu... :)

    ReplyDelete