Tuesday, April 21, 2009

Scrambled Toast

Ummi buat ni pagi-pagi Isnin semalam sebab Najiha request nak bawak pergi picnic dengan kawan2 dia, pastu Ummi goreng kentang sikit..Alahaiii kita gi pejabat, dia sonok eh pergi picnic...Xpalah, sebelum dia berangkat ke U nnt, biarlah dia enjoy dengan best friends dia...nanti susah dah nak jumpa eh..Banyak jugak buat ni, pastu untuk Aiman yang cuti sempena sukan sekolah hari Ahad semalam dan Abanglong kat rumah ni..Ceduk dari dapur Cikwan ni...Ummi buat 2 kali ganda dari resepi asal ni..Memang sedap makan panas2, rangup gitu!!

Bahan:-
  • 12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya
  • 60 gm mentega - suhu bilik
  • 4 biji telor
  • 1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar)
  • 1/4 cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup)
  • sosej secukupnya - cincang halus
  • sedikit garam dan pepper
  • sos cili (*ummi tambah ni)
  • mayonis (*ummi tambah)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
  2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
  3. Sementara itu panaskan kulai dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
  4. Dalam bekas, satukan 4 biji telor, 1/2 cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
  5. Tuangkan adunan telor tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
  6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
  7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.

3 comments:

  1. lawanya kak ummi present scrambled toast ni. berpintal2 roti tu!suka tengok.

    ReplyDelete
  2. cantik ler scrambled toast ummi nih...

    ReplyDelete
  3. Ummi, mayo tu bila and letaknya and kat mana?

    ReplyDelete