Buat pizza ni untuk Aiman bawak bekal ke sekolah...dah macam kemalasan melanda jek..malas nak berenyah-renyah..Tinggal dengan anak2 je ni, hubby gi Tioman kelmarin..Resepi dari fendi@MyR tu..Akak kopipes je la yaa...
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 200ml air
- 300g tepung roti
- 14g gula
- 3.5g garam
- 16g shortening
- 3g dry yeast
- 6g susu tepung
Topping: (akak x ikut topping ni..ikut je apa yg ada dlm stok)
- pizza cheese
- mini tomato
- sosej
- asparagus
- sos tomato / sos pizza
- telur untuk sapu pada roti
- Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. (*akak uli je macam biasa tu..)
- Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
- Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
- Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
- Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.
que buena mini pizza loco
ReplyDeletehttp://www.sabaleplus.blogspot.com/