Friday, April 3, 2009

Egg Tofu With Brokoli

Ni masak campak-campak je semalam..tapi anak2 memang suka sangat egg tofu ni..cadang nak wat masak sambal, tp x jadi laa sebab nanti nak buat asam pedas ikan lak, lg pun ada sikit malas je sebab I got blocked nose laa, x larat betul, kepala bingai dah ni..layaannn...pepandai le adjust eh..
Bahan:-
  • 3 paket egg tofu - potong bulat 1 inci dan goreng dahulu
  • sedikit brokoli - potong kecil
  • carrot - potong baji
  • 1/2 capsicum merah
  • 1/2 capsicum hijau
  • 1 labu bawang besar - hiris tebal
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap cair
  • sedikit garam dan gula

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih, dan kacau sekejap.
  2. Masukkan sos tiram dan kicap cair.
  3. Masukkan carrot dan biar sebentar.
  4. Masukkan brokoli dan capsicum...kacau rata.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Kacau mesra. Tutup api.

1 comment:

  1. saya ni x pandai2 msk tofu.
    time grg tu, asyik pecah je. x lawa.

    ReplyDelete