Sunday, March 15, 2009

Roti Marble Coklat

Buat ni petang semalam...dah lama x menguli roti...tapi terliur tengok semua orang dah buat, jadi akak gagahkan jugak laa...Tuan punya resepi rasanya semua orang tau, femes kat MYR tu..sapa lagi kalau bukan Ros aka Onigiri yang duk kat Jepun tu...walaupun Ummi punya ni x berapa cantik sangat, tp tetap berongga je rotinya, sedap dan lembut je..Akak C & P je ya..Thanks Ros..
Bahan:-
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-Cara:-
  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau terlembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. Warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang, letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.
  6. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. Letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.

No comments:

Post a Comment