Saturday, March 14, 2009

Kek Coklat Tanpa Butter

Pergghhhh..kek ni memang sedap, lembut dan moist...Ummi buat ni malam kelmarin dan bagi half kat family adik...Untuk topping Ummi just gunakan lebihan sikit je lagi yang ada tersimpan dalam fridge...tu pasai topping tu letak kat atas jek..Resepi kek oleh Fendi@MYR. Boleh klik kat http://www.myresipi.com/top/detail/1. Memang tidak menggunakan butter, just guna minyak dan adunannya memang cair sedikit dari adunan kek biasa yang menggunakan butter...Ummi C & P je ni...Meh la cuba...gerenti menjilat jari..hehe
Bahan Utama:- (loyang 20 cm - ummi guna loyang 9 in)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang

Bahan A:-

  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B:-

  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum

** Topping ** (Ummi x buat pun topping ni, guna balance dlm fridge je..)

  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau sebati. Kemudian kacau atas dapur dengan api yang perlahan hingga agak likat sedikit. Sejukkan sebentar dan sapukan atas dan keliling kek yang telah sejuk.

Cara Menyediakan Kek:-

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan minyak masak.
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak.

8 comments:

  1. saya punya choc moist mmg tak guna butter.. guna minyak je..lebih sedap...so far customer mmg sukala...

    ps: resepi pun lebih kurang aje.. :D

    ReplyDelete
  2. sedap arr kek cekelat ni..k.ummi ct nak sepotong ya !!

    ReplyDelete
  3. Aimi - Aah laa dulu2 penah jugak wat yg guna minyak ni, tapi akak kukus je..mmg moist giler! Hehe..yang ni try bakar pun, mmg sedap..

    The Wan n Only - Aah sedapppp..hehe

    CT - Kek dah licin dah CT, kalau wat pun senang jek, xyah nk pukul2 butter, tuang minyak jek..hehe

    ReplyDelete
  4. kak cara masak ne terpulang sama ada nk bakar atau kukus yer..??

    ReplyDelete
  5. TQ umi, betol2 mnjadi....Family saya makan x muak pun.....lain kali kene buat 2 biji kek kalau x , x cukup punyer.....Tq utk resepi ni.....

    ReplyDelete
  6. Salam..nak tnya..minyak masak tu apa2 brand ke boleh guna?

    ReplyDelete
  7. Salam..nak tnya..minyak masak tu apa2 brand ke boleh guna?

    ReplyDelete