Tuesday, March 17, 2009

Egg Tofu With Crabstick And Soy Sauce

Masak ringkas-ringkas je...Meh la jamu mata eiii...Resepi dari dapur Maklang tu..
Bahan:-
  • 5 bungkus egg tofu
  • 1 labu bawang besar - dimayang panjang
  • 1/2 inci halia - dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 iji lada merah - dihiris
  • 1 pokok daun sup dan daun bawang
  • 1 batang carrot dihiris bulat (*ummi tambah snow peas jugak)
  • 6 cendawan shitake - direbus hingga lembut dan potong 4 (*ummi x letak ni)
  • 8 batang crabstick - dikerat 1 inci
  • 1 biji tomato di potong 8 (*ummi letak tomato cherry)
  • 2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar tepung jagung - dicampur dgn 1 cawan air
  • 1 sudu besar kicap cair/masin
  • sedikit gula
  • sedikit minyak bijan

Cara Memasak:-

  1. Egg tofu dipotong setebal 1 inci dan digoreng dalam minyak yang banyak. Angkat dan toskan. Susun dalam pinggan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Masukkan carrot dan cendawan bersama sedikit air. Biarkan sebentar.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan lada putih, garam dan gula.
  6. Masukkan crabstick.
  7. Titikkan beberapa titis minyak bijan.
  8. Masukkan air tepung jagung tadi.
  9. Pukul telor dan masukkan ke dalam kuali dan kacau rata bersama bahan lain.
  10. Angkat dan letakkan di atas egg tofu yang sudah digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment