Monday, February 2, 2009

Emping Dengan Kelapa Parut



Ada sesapa tak yang pernah makan emping dengan kelapa parut ni...ataupun ada yang tak kenal makanan camni? Sedap ni tau...Ni kegemaran hubby dan anak-anak Ummi...ya la dulu2 hubby kata kat kampung dia my MIL penah menanam padi...bila musim menuai dan padi muda digoreng dan dtumbuk dengan lesung kaki kayu yang besar tu, so jadi lah emping ni...suasana meng"emping" memang meriah sakan kat kampung. Tapi parents Ummi ni orang Felda mana ada semua tu..Apapun, masa remaja dulu Ummi selalu ikut family jiran sebelah rumah mak dan terserempak dengan aktiviti meng"emping" ni..best jugak!

Baru ni balik kampung, kitaorang pergi pasar malam, hubby nampak emping ni, apa lagi, beli terus..ada jugak emping pulut...sama je lah sedapnya...Jom layan emping ni dengan kelapa muda parut, gula secukup rasa dan sedikit garam...krup krap, krup krap makan..

No comments:

Post a Comment