Friday, January 9, 2009

Udang Bercili Kasturi

Masakan malam kelmarin ni..kalau masak udang pedas-pedas camni, memang laku...mudah dan sedap dengan rasa jus kasturi tuh!
Bahan:-
  • 1/2 kilo udang sederhana besar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Kasar Sedikit:-

  • 6 biji cili merah (buang bijinya)
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup

Cara Memasak:-

  1. Bahagian keras kepala udang dibuang sedikit. Kerat dengan gunting bahagian badan udang bersekali dengan kulitnya dan keluarkan bahagian hitam perutnya. Basuh dan toskan.
  2. Gaul udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar. Perlahankan api dan kacau hingga cili naik minyak dan garing sedikit.
  4. Masukkan serai dan sedikit air. Masak sebentar biar agak kering dan serai layu.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula.
  6. Masukkan udang dan kacau rata dengan cili.
  7. Tutup api dan masukkan jus kasturi dan kacau rata. Hidangkan.

(Nota: Masa jumpa kak Liza dulu, dia banyak bagi petua. Antaranya, sekiranya hendak memasukkan sebarang jenis limau ke dalam sesuatu masakan lauk pauk/tomyam, hendaklah dimasukkan kemudian setelah api ditutup dan kacau rata. Baru masakan lebih perisa..emm baru Ummi tau..thanks kak Liza)

No comments:

Post a Comment