Friday, January 16, 2009

Telor Dadar Gendut (Minang Style) (*_*)

Hahahaa..!!! Nak gelak dulu la Ummi tengok nama resepi ni tau..dah memang nama camtu..tak tahulah apa makna "gendut" ni pada orang Minang seberang sana tu..Kalau kat Malaysia ni..rasanya semua orang tahu kan..hehe? K, just ignore it, whatever!!!! Resepi dari salah seorang geng blogger dari Indon ni..sapa eh...can't recall the name..so sorry...Telling you, it was really nice, we can eat on its own, or with rice or bread.... Yang betulnya, lepas makan memang "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"...ahaakkss!
Bahan:-
  • 5 biji telor
  • sedikit minyak untuk menggoreng
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk kasar (*ummi guna bawang besar didadu)
  • 7 biji cili merah - tumbuk kasar/cincang
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk marika (*ummi x letak ni)
  • 3 sudu makan kelapa parut muda
  • 3 batang daun bawang - hiris halus
  • 1 batang daun celeri - cincang

Cara Memasak:-

  1. Dalam mangkuk besar campurkan cili merah, bawang merah dan garam.
  2. Sementara itu, pukul telor sampai naik dan masukkan campuran cili dan bawang tadi.
  3. Masukkan kelapa parut, hirisan daun bawang dan celeri. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak, tuangkan campuran telor dan tutup kuali selama - 2 - 3 minit.
  5. Balikkan telor, dan pastikan kedua-dua bahagian masak hingga perang.
  6. Angkat dan potong untuk dihidangkan.

(Nota: *Ummi x tutup pun kuali semasa menggoreng..goreng je macam telor dadar biasa tu..hehe)

1 comment:

  1. ummi..kenapa nama dia 'gendut'?...he..he..
    nampak cam tempting je...nk try la..asyik dok wat telur dadar biasa je....

    ReplyDelete