Sunday, January 11, 2009

Ketam Bercili Ala Bombay

Masakan ketam ni dari resepi.mesra.net dan memang sedap sangat!...pedasnya memang kena dengan tekak..family Ummi pun kata best!!!..Cuma Ummi adjust sikit dengan menggoreng sekejap ketam sebelum dimasukkan ke dalam cili yang telah ditumis. Ni resepi asalnya ya..
Bahan:-
  • 3 ekor ketam
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit cuka (ummi letak 1 sudu besar)
  • 1 cm halia dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan daun kari dan hirisan halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan tumis sehingga sambal agak garing.
  3. Setelah sambal garing, masukkan ketam dan digaulkan dengan sambal hingga sebati.
  4. Perlahankan api dan masukkan sedikit cuka dan tutupkan kuali dengan penutup. Biarkan sebentar sahaja.
  5. Kemudian masukkan garam dan gula atau serbuk perasa secukup rasa. (Jangan masak ketam terlalu lama). Masakan ni juga tidak terlalu kering.

No comments:

Post a Comment