Saturday, December 6, 2008

Sup Sayur Cendawan Dengan Tauhu Jepun

Resepi dari koleksi Wan Nor ni..bestnya hujan2 makan sup sayur camni...aiihhh, selera!! Tapi dah adjust ikut bahan yang ada..

Bahan:-
250 gm daging (hiris nipis) - *x letak ni
50 gm cendawan hitam
1 batang leek - hiris
1 batang lobak merah - sagat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar stok pati ayam
2 sudu besar tepung jagung
125 ml air
2 paket tauhu jepun - kerat dan goreng sekejap
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
bawang goreng - untuk tabur
daun sup - untuk tabur

Bahan tumbuk:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara Memasak:-
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan daging dengan biarkan hingga daging kecut sekejap. Masukkan air dan sos tiram. Rebus sehingga daging empuk. (Kalu perlu tambah air). Masukkan cendawan, lobak merah, stok ayam, lada sulah dan garam. Setelah mendidih masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan tauhu jepun dan biarkan sebentar. Angkat dan taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment