Sunday, December 7, 2008

Salam AidilAdha Dan Jom Cuti-Cuti Malaysia..*_*

Gambar raya lepas di rumah nenek :D

Salam...Dari pagi semalam punyalah letih seharian masak2 untuk family walaupun ringkas jek! Tapi start petang sampai malam Ummi duk sibuk bakar 2 biji kek dan buat puding marble untuk bawak balik kampung. Pagi-pagi tadi hubby dah pergi ke pasar mini kat rumah ni ambil tempahan daging dan ayam. Kul 10.00 pagi tadi Ummi pun mula lah merendang...hehee. Ayam pulak Ummi buat masak hitam jek, untuk makan2 malam ni kat rumah mak..Jadi, mak cuma buat ketupat palas je lah..Kacang tanah pun hubby tolong gorengkan tadi (hehee...rajin hubby). Buat kuah nasi impit malam nanti kat kampung. Nanti balik bercuti lah Ummi upload gambar masakan sume tu yaa.. :D

Ni pun baru je siap kemas dan lap kabinet dapur sume...cuci periuk n kuali dan mop lantai...Adeeehh letihnya..!! Rupaku pun dah macam orang gaji kena dera je dah..muka naik berminyak sakan...(*wat rugi jek gi wat facial kelmarin...ahaakkss!).

Japgi nak berkemas2 lak kain baju dan packing le mana2 yang patut. Banyak jugak nak kena packing sebab mulai raya kedua Ummi, parents dan adik beradik akan berkonvoi ramai-ramai bercuti ke Perak dan Penang. Dah lama abah ajak kitaorang jumpa saudara-mara yang masih ramai lagi kat sana...lama dah sangat tak balik...tempat kelahiran abah di Teluk Intan (Teluk Anson) dan mak di Kubang Semang (Seb. Prai). InsyaAllah kalu xda apa aral, x banjir Ummi akan bercuti sehingga ke hujung minggu depan ni (14 Disember). Doa2 kan lah tempat Ummi ni x banjir ya sebab now xleh kira kan tempat xpenah naik air, tetiba je naik air..huhuuu, xpun xleh lah nak join konvoi..kena balik ke Kuantan lak tunggu rumah...(Ni pun hujuan dari kelmarin x berenti pun walaupun x lebat sgt...huhuuuu)

InsyaAllah, petang nanti Ummi sekeluarga akan balik beraya di Temerloh. Doakan keselamatan Ummi di jalanraya yaa..moga boleh la beraya dan bercuti-cuti Malaysia...
Kepada semua adik2 manja, adik gebu (*sape tu.. :D), adik sweet, adik comel sume, kakak2, makcik2..di kesempatan ini Ummi mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha...semoga kita dapat menghayati erti korban yang sebenarnya...moga dalam lindungan Allah swt. selalu...Amiiinnn...See you all on next week, insyaAllah!!! Bye...

10 comments:

  1. Selamat hari raya adha Kak Ummi. Kak Ummi nampak paling seri and love your baju kurung. happy holiday and 'talk' to you when you get back, okay? Muah...

    ReplyDelete
  2. Selamat idul adha, kak...love your outfit.

    ReplyDelete
  3. Uik!!..aweks mana lah yg cun banget tuu...ahaks, selamat hari raya aidil adha utk kak ummi dn family...

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat beraya kat kg yer, nas dah dekat 4 kali raya dah nie

    ReplyDelete
  5. Hi Ummi,
    I am from Singapore, just to check if the recipes in your blog are all in Malay language. I was looking around for some malay recipes and came across your blog but seems like it's all written in Malay.

    May

    ReplyDelete
  6. Ummi,
    Salam Aidil Adha...dah balik dari kampung? Makcik pun balik kampung jugak, tapi dekat je..abt sejam perjalanan.....
    Merahnye mak ngah

    ReplyDelete
  7. Forum Perniagaan:

    http://gem.socialgo.com/forum.html

    Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM) Golden Swiftlet / Walet Emas – Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang (walet/walit), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Layang-layang (walet/walit). -

    http://gem.tl.my

    Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan, Perikanan DLL.

    http://gem.socialgo.com

    Direktori Pertanian Malaysia – Himpunan Weblog Pertanian & Penternakan Malaysia –

    http://pertanianmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti Kak Ummi. Semoga selamat segalanya...

    :D

    ReplyDelete
  9. Vin - thanx..hehe..suka merah ke? K, nnt balik kita sembang lg sini eh!

    Pepy - Thanx for the wishes..Red is great, right..hahaa..

    Mat - ko ni ada je nk kenakan akak eh! Aweks veteren dah..haha..Selamat Aidil Adha jugak untuk Mat n family ya..

    Nas - ya la kan..sabor je la ye..ada umur boleh raya sakan kat kampung..

    May - Hai, nice meeting you here! Thanx for coming..Well, do you have any problem with Malay Language, don't hesitate to contact me k..

    MakcikKantin - Aah dah balik la ni..duk melangsaikan kain baju melambak jugak ni..musim hujan pulak tu..!

    Angriani (Yani) - Salam aidiladha..lamanya x datang sini..muaahhhsss!!!

    Gem Community - time kasih sudi singgah sini..senang2 nnt jenguk tgk apa ada kat situ eh!

    Intan - Hehe..dah balik dah pun..maleh je nak mula masuk dpur nih!

    ReplyDelete