Saturday, November 15, 2008

Daging Masak Merah

Dah puas tengok gambar eh! Ok lah ni Ummi letak resepi ya. Sori lah bz sikit hari ni, malam baru leh letak resepi..ni pun tengah bakar ciskek untuk abanglong ni..esok pagi dia nak balik dan Ummi pun nk pergi kenduri my cousin jugak kat Jengka...bz, bz..hehe..Ni resepi dari Mesra.net Resepi..

Bahan:-
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). Tambahkan sedikit garam dan kicap air. Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan angkat.


4 comments:

  1. yumyummm...masuk sini sure lapo aje...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Alahai kak Ummi.. kena pulak dengan nasi panas2... terliur saya ;-)

    ReplyDelete
  3. Salam kak Ummi. Intan_JB ni laa.

    Byk kali masuk sini tapi tokleh nak tinggalkan pesan kat oggix..

    Salam good luck utk najiha..suka tgk muka dia..cute..

    ReplyDelete
  4. Aishah - lain kali kena masuk bila lepas makan, baru x rasa lapor masuk sini..hehe

    Payarumput - kalu kena dgn nasi minyak ke nasi tomato ke, ok jugak!

    Intan - Wkumsalam..oo shoutbox akak ni tgk ok je..xpalah masuk pintu belakang pun ok..hehe..thanx for your wishes! Cute?? ada cam mak dia tak? wakakaaa..

    ReplyDelete