Saturday, October 25, 2008

Pasta with Thick Mushroom Sauce


Semalam kat Pahang cuti Besday Sultan..so ni makanan permintaan anak2 pagi semalam..dah jemu kot makan ketupat, lemang sume tu..layan je lah..

Bahan:-
300 gm shell pasta (atau apa2 jenis pasta) - rebus, masukkan sedikit garam dan 2 titik minyak, toskan
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 tin Thick Mushroom Sauce Prego (tin biru)
300 gm isi ayam cincang (Ummi guna jenama Ramli)
1 tin button mushroom - belah 4
4 sudu besar parutan cheese (Parmesan)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan susu segar
1/2 cawan air
garam secukup rasa
daun sup - untuk tabur

Cara Memasak:-
Panaskan sedikit minyak dalam caserol dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ayam, kacau-kacau sebentar. Masukkan mushroom sauce, serbuk lada hitam, air dan mushroom yang dihiris tadi. Biarkan mendidih dan masukkan susu cair serta garam. Perlahankan api dan biar mendidih. Tutup api.

3 comments:

  1. Sedapnya ummi! Maya suka sgt makan pasta. Bila nak masak pasta lagik? Boleh singgah nanti...:p

    ReplyDelete
  2. Maya - Hehe..selalu jugak buat pasta ni bila dah jemu makan nasi..simple je tu..leh je dtg bila2 eh..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Ummi. Kalau ada kesempatan, insyaAllah :)

    ReplyDelete