Tuesday, October 21, 2008

Meehoon Kicap Diana

Semalam buat mini besday untuk Aiman, balik kerja je Ummi teruslah masak meehoon goreng je..Resepi dari DianaA@MR ni memang elok sangat untuk budak-budak yang tak tahan pedas, ada Ummi adjust sikit dan tambah sayur sebab resepi asal xletak apa2 sayur pun...Emm, simple dan sedap...itu my sister in law yang cakap tau..hehe

Bahan:-
1 paket meehoon (direndam/celur dengan air panas)
4 biji telor - goreng scrumble
12 ekor udang - dibersihkan
3 ekor sotong - hiris bulat (*ummi tambah ni)
1/2 cawan sos tomato (*ummi letak 1/4 cawan je)
1/4 cawan sos cili (*ni ummi tambah)
1/2 cawan kicap
1/2 batang lobak merah (hiris halus batang mancis)
1/2 biji kobis - hiris
2 pokok sawi - optional
garam secukupnya
serbuk perasa (optional)
gula sedikit
bawang goreng (ummi x buat pun)
minyak untuk menumis

Bahan Kisar:-
15 tangkai cili kering, rendam dalam air panas dulu (ummi letak 10 tangkai je)
2 biji bawang besar (*ummi blend 1 biji je - 1 biji lagi cincang)
1 ulas bawang putih (*ummi letak 3 ulas)
1/4 cawan udang kering (rendam dan toskan)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap bersama. Masak bahan hingga betul2 pecah minyak dan masukkan carrot dan kobis. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan udang dan sotong. Masak sebentar dan masukkan telor scramble tadi dan gaul rata. Masukkan meehoon dan sawi. Kacau rata hingga meehoon benar2 lembut dan warnanya sekata. Angkat dan taburlah bawang goreng.

3 comments:

  1. ummi... D punya mee siam kuah dah try lom? Best tau!

    ReplyDelete
  2. Kak E - ooh ya ke? sedap eh mee siam dia..belum try lg..nanti laa..thanx kak-e!

    Zuhaini - bahan meehoon ni leh makan 8 - 10 org kalu wat open house..sebab byk makanan lain lagi kan..time kasih singgah sini ya..

    ReplyDelete