Sunday, September 7, 2008

Shortbread Cookies

Cookies ni pun Ummi buat Sabtu malam kelmarin...lepas wat cornflakes tuh..bila dah siap, rasa cam sikit je pulak...Kuih ni memang sedap, gebu je bila masuk dalam mulut (*Mat jangan terasa lak..betul ni, mintak ampuuun awal2 ni..), ala-ala kuih makmur jee...Ni pun resepi sejak zaman dulu kala lagi...sebab tu sukatan dia ni guna tin susu gitu..hehe..

Bahan:- (lebihkurang 80 biji - ikut saiz)
3 tin susu kecil tepung gandum (*)
1/4 tin susu kecil tepung ubi (*)
1 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanila
250 gm butter atau secukupnya untuk digaul lembut
Gula halus (digaul lepas bakar)

(*Nota: boleh juga digunakan mug air yang tidak terlalu besar)

Cara-Cara:-
Ayak bersama tepung gandum dan tepung ubi. Tuang ke dalam mangkuk besar. Pukul sikit kuning telor dengan esen vanila. Tuangkan ke dalam adunan tepung. Uli dengan butter hingga benar-benar lembut untuk dicanai. Canai lebih kurang 1/2 cm dan terap dengan acuan kesukaan. Bakar pada suhu 175 Celcius selama 10 - 12 minit. Jangan terlalu garing, cukup sekadar kekuningan agar biskut lembut dan gebu..

5 comments:

  1. Oooo..dah buat kuih raya ke? Nampak cam senang je cookies ni..ramuan pun tak banyak..kira kuih budgetlah ni yek..boleh cuba..

    ReplyDelete
  2. salam ummi, makin bertambah rajin ummi buat hidangan, esok raya pun tak pa, soma dah redi kan??? kalo kakmOn taktau la... umah dah mcm kapal pecah uwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Tie - memang senang pun kuih ni..tp still sedap..aah boleh la budget kiranya..bagus eh, rugi x try ni..wahaha..

    Hana - Amboii nk raya sakan dah eh! Nanti nak balik kan, leh buat byk sikit..heeee

    KakmOn - xdalah rajin sgt, ni anak2 dah paksa rela uuu..ku buat juga..rumah ummi xsah kira la bulan pose ni, mmg sama je cam kakmOn..lantak leee..nnt nk balik raya baru ku kemas..hahaa

    ReplyDelete
  4. kak ummi, tq lah share byk resepi kat sini, setakat ni, blom cuba lagi kuih2 raya kak ummi...tp saya dah cuba kuih kastad jagung n bingka roti...sangat sedap....husband pun turut same bantu buat...menjadi ...tq ek...kak ummi tgal kuantan kat ner...sy pun org kuantan jugak...hehehehehehe

    ReplyDelete