Friday, September 5, 2008

Puding Roti Berlapis Koktel

Puding ni Ummi masak subuh semalam...sekejap je nak sediakan pun...fast n ez...Siap masuk dlm fridge, balik keje Ummi masak lauk je lah..!!! Satu je nak cakap...wallaaaahhh, seeeedaaaap sangat tau! Resepi asal dari majalah saji tapi Ummi cedok dari dapur Maklang ni...
Bahan:-
PUDING:
8 - 10 keping roti (buang kulit tepi) - ummi guna Gardenia
80 gm mentega
50 gm kismis
100 gm buah pic (ummi x letak pun)
50 gm buah koktel (ummi letak 100 gm)
50 gm gula kastor
3 biji telor (ummi guna 2 biji saja)
3 cawan susu segar
SOS KASTAD:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara Menyediakan:-

PUDING:
Roti dipotong kepada 3 segi kecil. Susun roti dalam bekas bersesuaian yang telah disapu sedikit mentega (*ummi guna loyang 6"x6"x2" dan susun roti dua lapis). Taburkan kismis, fruit cocktail dan sebahagian daripada gula. Lebihan roti pula disapu dengan mentega pada kedua-dua bahagian roti. Susun di atas buahan tadi. Taburkan lebihan gula. Kemudian dalam bekas lain, pukul telor dan susu segar dan tuang dalam loyang perlahan-lahan. Rehatkan selama 30 minit. Kemudian baru dibakar selama 30 minit dengan suhu 190 deg. celcius.


SOS KASTAD:
Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga mendidih sambil dikacau. Bila nampak pekat, angkat dan sejukkan. Tuang atas puding yang telah dipotong ketika menghidang.

3 comments:

  1. I like pudding...Eh Kak Ummi, roti gardenia masih boleh dapat di malaysia ya?

    ReplyDelete
  2. Salam Ummi, selalu jugak ke sini, from Zaitgha's! Ni nak cakap terima kasih, sebab selalu share resipi. First time I tried your puding roti caramel...mmm...memang betul kata Ummi...sedaaap!! Baru buat entry pasal puding tu. Senang2 nanti jenguk lah ya? Tapi tak lawan gambar kat blog Ummi!! Selamat berpuasa, semoga Ummi murah rezeki sebab tak kedekut ilmu!

    ReplyDelete
  3. Vin - 1 fmly akak suka mcm2 puding..Yeap! We still can get that Gardenia bread here.. :) Why? Lama x makan roti ni ya..

    Ms Hart - wkumsalam..oh tk sudi jengok sini and thanx for trying too..Ish gambar x penting..rasanya yang penting..hehe..Memang sume yang terpapar kat sini pun untuk kita share dan tukar2 kan.. :D

    ReplyDelete