Thursday, September 4, 2008

Nasi Ayam Belanga

Ni menu buat berbuka puasa semalam. Resepi dari dapur Suzi, emm sedap, lain dari nasi ayam bese2 tu..Ummi adjust sikit cara masak ayam tu..lepas rebus dan perap..Ummi goreng dulu sekejap baru masukkan sekali dalam nasi. Suzi akak mintak izin kopipes je ek!! X sempat nak menaip..thanx a lot!!

NASI AYAM BELANGA
Resepi: Suzi

Bahan-bahan:
  • 2 pot beras
  • 2 sudu besar minyak sapi ( Ganti dengan majerin pun boleh)
  • Rempah tumis
  • (*Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih).
  • 1/2 ekor ayam, direbus dengan air secukupnya
  • Garam secukup rasa 1 batang serai
Bahan Perap:-
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap manis
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil2. Rebus ayam + garam + serai sampai empuk. Simpan air stoknya untuk memasak nasi.
  2. Basuh beras dan toskan airnya.
  3. Perap ayam seketika dengan halia + bwg putih yg telah ditumbuk. Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
  4. Panaskan minyak sapi dalam periuk/belanga dan tumiskan bahan2 rempah hingga naik bau wangi. Masukkan beras dan kacau2 seketika. Terus tuangkan air stok ayam.
  5. Bila nasi hampir masak, susun ayam atas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga tanak. Sesekali elok di kacau supaya rata masaknya.
Cara hidang :
Boleh dihidang begitu saja bersama sup lebihan air rebusan ayam, kicap cair + cili padi dan cili sos cair + tumbukan sedikit halia.


4 comments:

  1. salam,
    aik! akak mcm janji je kita...semlm pun saya masak nasi ni....
    lain kali blh cuba cara akak pulak ...goreng ayam tu...
    masak dlm belanga ke?...hehehe

    ReplyDelete
  2. wkumsalam suzi..sedap nasi ni..hehe..thanx..oh, belanga? xdaaa...rice cooker juga ada..hehe..balik kg nnt boleh selongkar kot ada belanga..nak rasa jugak camne masak dlm belanga..haha..

    ReplyDelete
  3. ummi, happy ramadhan :D ...

    Nasi Ayam Belanga look delish...it must try recipe..:D, thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Thank you elsye..yeap! this one is different n more ez..hehe..suit to my tastebuds.. :D

    ReplyDelete