Monday, August 4, 2008

Prawn, Tomatoes and Chives Omelette

Menu ni Ummi masak hari jumaat hari tu, tapi sempat nk posting sebab petang dah balik kampung. Resepi dari rumah Joyce ni mmg simple dan sedap. Sajalah nak perabiskan udang ni..
Bahan:-
3 biji telor
6 biji tomato ceri (*ummi ganti tomato biasa - potong dadu)
secekak daun kucai (potong 1 inci)
100 gm udang - goreng sebentar
1 sudu besar minyak masak
2 sudu teh kicap cair
1/2 sudu teh gula

Cara-Cara:-
Campurkan telor dengan dengan kicap cair dan gula, pukul ringan. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis daun kucai dan tomato sekejap. Tuangkan telor atas kucai dan tomato tadi dan biarkan masak beberapa minit. Perlahankan api. Masukkan udang atas telor. Kacau-kacau telor bila bahagian bawah telah kekuningan. Hidang panas2 dengan nasi.

No comments:

Post a Comment