Ni lauk tengahari Jumaat kelmarin, sempat lagi masak walaupun duk bz wat puding n cheese tart..Resepi ni sempoi je...Saja nak perabihkan ayam sikit lagi dalam fridge tu..Resepi dari majalah Saji ni..tapi Ummi adjust sikit cara masaknya..hehe..sedap tau!!
Bahan:-
1 ekor ayam - dibelah 4 atau 8
6 tangkai daun ketumbar - kisar
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu kecil jus limau
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar madu
2 cm halia - kisar
Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan toskan. Perapkan ayam dengan semua bahan selama setengah jam. (*ummi masak sebentar ayam bersama bahan perap dalam kuali dengan api perlahan) Bila setengah masak baru ummi bakar). Sediakan alluminium foil dan letak ayam serta lebihan bahan perap. (tak perlu tutup foil). Bakar pada suhu 180 deg Celcius selama 35 - 40 minit. Balikkan ayam bila separuh waktu memasak dan pastikan ayam masak seeloknya.
Salam Ummi...
ReplyDeleteHurmmm laparlah pulak tgk ayam nie..
Sedapnye..bolela Fiza cuba nanti.tqvm
ReplyDelete