Thursday, August 21, 2008

American Chocolate Cake

Kelmarin ramai ada kat rumah Ummi ni..dua orang adik Ummi n family masing-masing datang dari Gombak bawa anak2 diaorang jalan kat Kuantan ni..Ummi buat kek ni dua adunan sebenarnya..kalu satu adunan harus mak-mak n ayah-ayah x merasa hehehe...padan ke budak2 je la duk makan nanti. Resepi oleh Alan Ooi (Easy Bake) ni Ummi ceduk dari dapur Jan's Kitchen.
Bahan:-
Cake:
125 gm butter
175 gm gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
2 biji telor
35 gm serbuk koko (*ummi guna Vouchelle)
130 gm air suam
140 gm tepung naik sendiri
Chocolate Ganache:-
60 gm Dairy Whipping Cream
110 gm dark chocolate


Cara Membuat:-

Cake

Preheat oven pada suhu 180 deg. celcius. Satukan serbuk koko dengan air, kacau sebati. Pukul mentega dengan gula hingga ringan dan kembang. Masukkan telor satu persatu sambil dipukul. Masukkan esen vanila, pukul hingga sebati kesemuanya.

Masukkan sebahagian bancuhan serbuk koko dan tepung, kacau perlahan dan masukkan lagi sebahagian serbuk koko dan tepung. Kacau hingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan baking sheet. Bakar selama 10 - 15 minit.

Chocolate Ganache:

Panaskan whipping cream dengan api perlahan sehingga hampir mendidih. Tutup api dan masukkan dark chocolate, kacau hingga sebati.

Bolehlah disapu di atas kek. Boleh juga dibelah dua kek dan letakkan di tengahnya dan lapiskan semula kek. Sapu lebihan ganache di atas kek. (*ummi terus sapu atas kek jek, hehe..anak2 buah dah x sabar nak makan)

5 comments:

  1. Oh Kak Ummi....I want a slice now....looks so rich, yum yum!

    ReplyDelete
  2. Vin, if u're right here, sure i'll give u more than a slice..everything with chocolate base or topping is highly demand in my family..hehe! Finish already! :))

    ReplyDelete
  3. Thanks Ummi...I'll hold you to your promise!

    ReplyDelete
  4. Hopefully, one fine day, we'll meet up dear!

    ReplyDelete
  5. k.ummi.. kita dah wat kek nih! sedap la....tp kita durhaka! sbb p letak cheese n marble2kan...hahaha...tp kan kak..akak msk 15minit jer er? sbb kita nyer tk msk tengah then up kan lagik...adala dlm setengah jam kot kita baked...

    ReplyDelete