Thursday, July 3, 2008

Ayam Goreng Oats

Resepi simple dari Kak Rinn ni Ummi buat sebab ada lagi saki baki oats dalam simpanan. Xleh biar lama2 nnt tengit pulak bau oats tu..hehe..So layaann...sedap, cam ayam KFC jek! Rangup sekali oats tuh! Kak Rinn, thanx a lot for sharing..nnt nk g korek lagi kat dapur Kak Rinn, boleh ek..hehe

Bahan:- (*agak2 lah ek)
Ayam (Ummi potong 8 bahagian) (*ummi wat 4 ketul je)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari daging (ummi guna Adabi)
Garam secukup rasa
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan oats
1 biji telor - pukul sikit (*ni ummi tambah)
Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan biar kering sikit (*lapkan dgn paper towel). Lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam biar rata. Taburkan tepung menyelaputi ayam tadi, golekkan biar rata pada ayam. Gaulkan dengan telor dan kemudian golek-golekkan ayam dengan oats. Salut penuh secukupnya. Goreng secara "deep-fry" dan masak sehingga sedikit garing dengan api sederhana. Angkat dan toskan ayam atas paper towel.

No comments:

Post a Comment