Emm ikan tilapia merah ni antara ikan sungai kegemaran family ummi, selalu wat masak pedas2 camni...xpun goreng je pun sedap sgt....Ummi masak ni semalam..nnt ummi letak resepi ek...bz lee..
Sori lambat sikit letak resepi ek...k ni resepinya.
Bahan:-
1 ekor ikan tilapia (basuh dengan asam limau, perap dan bersihkan)
sedikit tepung jagung, garam dan serbuk kunyit (gaul ikan)
4 ulas cili padi - potong halus
1/2 biji lada benggala merah - dadu
1 labu bawang besar - hiris dadu
2 ulas bawang putih - cincang
2 cm halia - hiris halus
1/4 cawan sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
sedikit air
Untuk hiasan:-
daun bawang
buah tomato (belah 6)
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah digaul garam dan serbuk kunyit serta disalut tepung hingga kuning keemasan. Angkat dalam pinggan yang sesuai dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 3 sudu besar dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili. Kemudian masukkan sume bahan sos dan sedikit air. Masukkan lada benggala, gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih. Tutup api, masukkan tomato dan gaul sebentar dan tuang ke atas ikan tadi dan hias dengan daun bawang.
Mama ada 1 rasa je....rasa nak makan! Muahahaha....gurau ja na... nampak menyelerakan ikan Ummi ni.
ReplyDeleteBruhhhhh..... Thanks 4 da recipe😘😘
ReplyDelete