Thursday, April 3, 2008

Rendang Tok


Resepi dari Kak Liza ni, Ummi jumpa dalam Cari Makan & Resepi. Ummi buat 1 kg daging jugak..Memang recommended this one! Sedap teramat! Pujian dari sister-in-law, jiran n hubby...nnt leh buat lg..
Bahan:-
1 kg daging (potong sebesar 3 inci)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa (potong nipis) - ni ummi x letak, maybe nxt time!
3 sudu besar gula merah (ummi letak 4 sudu)
3 keping asam keping
Daun kunyit - koyakkan
garam
Bahan Mesin:-
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis (*ni ummi saja tambah)
25 biji cili kering
20 biji bawang merah
5 cm halia
5 - 6 batang serai
3 cm lengkuas
Cara Memasak:-
Masukkan semua bahan ke dalam kuali kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping. Masak atas api perlahan dan dikacau hingga pekat sikit dan naik minyak. Masukkan daun kunyit, asam keping, kerisik dan garam. Kacau rata. Masak lagi hingga benar2 naik minhyak dan cukup pekat (biar kering sikit - ni nasihat pakar ni). Siap untuk disantap bersama pulut kuning ku..hehe :D

6 comments:

  1. Rendang will be good for nasi kapau... sedappp

    ReplyDelete
  2. uikk rendang "tok" laa...tak pe pas ni pakcik buat rendang "nek" pulak..ahakss..amponnn kak ummi

    ReplyDelete
  3. Sedap nyer Ummi,dyg xthn tgk ler,mtk lah ckit.hehe

    ReplyDelete
  4. Pepy - I never knew what is nasi kapau..but that rendang should be good with ketupat, nasi putih or pulut..hehe..

    Mat - ko ni nak match kan rendang akak cam ayam nyonya n baba Jun jugak ke? Nnt akak match kan ekau pulak eh, boleee? (*duk bukak buku kembang setaman ni..)

    Dayang - hehe..toke kek lapis sesekali tgk rendang xleh tahan ek..nnt terbantut keje melepa kek dayang tu..kempunan..Alaa senang je nk buat ni pun dayang..

    ReplyDelete
  5. salam kak..nk tanya...bhn tu xpyh tumis eh...air pun xpayah letak ke?sbb santan tu 2 cawan..mcm skit...

    ReplyDelete
  6. Salam, nak tanya, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis pon nak kisar sekali ker.

    ReplyDelete