Emm, kek yang dah dipotong oleh hubby bila sampai rumah... :))
Hari ni besday my dearest hb, tapi dia xda kat rumah, still in Tioman, petang nanti baru balik..huhuuu...Ummi pun wat simple cake jee...Resepi dari dapur Kak Liza...Anak2 duk tunggu je hubby sampai nak ngaapp kek ni, so belum potong lg la ek, nnt dah potong letak sini, hehe..Happy Birthday dearest....you're still the one!! Dari tengahari tadi try nak posting, tp line slow tahap gaban...petang ni baru boleh...
Bahan A:-
250 gm butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar/gula kastor
1 cawan susu cair
1 sudu besar nescafe
1/2 cawan susu manis
Bahan B:-
3 biji telor
1 sudu teh esen vanila
Bahan C:-
1 1/4 cawan tepung gandum *
1 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh soda bicarbonate * (*diayak bersama)
Cara Menyediakan:-
- Campurkan semua bahan A dalam periuk dan masak atas api sederhana, kacau sampai cair
sebati dan tidak berketul2. Biarkan suam.
- Pukul telor dengan esen vanila hingga kembang. Masukkan adunan koko tadi. Kacau rata.
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
- Panaskan kukusan. Tuangkan adunan dalam acuan.
- Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yang sederhana. Bila telah sejuk,
keluarkan dan bolehlah diletak topping kesukaan. Ummi tuangkan ganache dan ditabur
dengan coklat rice aje..
Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan tuala/kitchen towel.
Happy Birthday to your dearest hubby...moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dalam peliharaan Allah SNT sepanjang masa... amin...
ReplyDelete