Sunday, April 6, 2008

Apam Pisang


Pagi semalam ummi breakfast dengan nasi goreng dan apam pisang...dah lama tak makan apam ni...nampak kat rumah Maklang hari tu, resepi asal Diana..ish..terus amik resepi buat pagi semalam...gebunya sume kata sedap, makan lak suam2 gitu...

Bahan:-
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega (dicairkan) atau minyak (*ummi guna minyak)
4 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 cawan gula kaster
secubit garam

Cara Menyediakan:-
Terlebih dahulu, ayak tepung gandum dnegan baking powder. Ketepikan. Pisang pula dilecek halus dan digaul sebati dengan baking powder dan garam. Dalam bekas lain, pukul telor bersama gula hingga kembang, masukkan mentega cair/minyak. Adun rata. Masukkan tepung dan digaul rata. Gris loyang dengan mentega dan tuang adunan. Kukus selama 45 minit menggunakan api sederhana. (*ummi guna acuan kecil dan kukus lebihkurang 10 minit sahaja).

(Nota: semasa mengukus, balut tutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan titisan wap ke atas permukaan kuih).

No comments:

Post a Comment