Monday, March 3, 2008

Nasi Lemak Jelutong

Selepas bekfes dengan roti je pagi semalam, tengahari sikit ummi terus je prepared Nasi Lemak Jelutong ni..dari Sarawak kot...resepi amik dari majalah Saji..memang sedap...igt anak2 x suka, rupaya licin..hehe..tapi ummi buat half je dari resepi ni dan makan dengan sambal tumis ikan bilis...Meh tengok bahan asal dia..

Bahan-bahan:-
4 cawan beras basmathi - cuci, rendam 10 min. dan toskan
5 cawan santan
4 sudu besar mentega/marjerin
4 ulas bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
4 cm halia - hiris
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
sudu kecil garam
2 helai daun pandan

Cara Memasak:-
Panaskan marjerin/mentega dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Kacau hingga wangi dan masukkan beras, kacau rata sebentar. Tuangkan santan dan gaul rata. Masukkan lada hitam, garam dan daun pandan. Masaklah seperti biasa.

No comments:

Post a Comment