Friday, February 1, 2008

Tauhu Bersos

Ni resepi dari majalah Saji...saja nak wat minum petang..maleh nak buat tauhu sumbat...yang ni lagi senang...kalu ada lagi senang bagitau ummi ek..nak senang sumenya..hehe, nak senang makan tauhu saja lah ek..

Bahan:-
4 keping tauhu - goreng kekuningan dan belah 4
1/4 cawan cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
sedikit air
1 sudu besar udang kering - goreng


Cara Menyedia:-
Masak cili kisar sebentar dengan sedikit air, kemudian masukkan sos cili, sos tomato, cuka, gula dan garam, masukkan air (jika perlu)...biar pekat sikit dan seimbangkan rasa...angkat. Goreng udang kering hingga garing dan masukkan dalam sos tadi..Tuang atas tauhu dan sedia untuk dimakan sebagai minum petang. Boleh juga tambah kacang tanah...(ummi xda ni...)

No comments:

Post a Comment