Monday, February 4, 2008

Red Velvet Cake

Lama gak dah x buat kek...so ptg tadi sempat le mengadun kek ni..nampak sedap je dengan warna merah hati..ooo yaa..namapun Red Velvet cake...cedok dari rumah Jeni ni..tapi memang gebu dan mengancam..first time wat kek guna cuka camni...xtau lak! Tapi ummi x buat pun topping jez (x sempat lee..) tabur je icing sugar...

Bahan:-
1 cawan butter - suhu bilik
3 cawan gula putih
6 biji telor (*ummi guna size A)
1 oz (*ummi guna 2 sudu besar) pewarna merah
3 sudu makan serbuk koko
3 cawan tepung serbaguna
1 cawan buttermilk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
1 sudu makan cuka (*white vinegar)

Topping:-
1 paket (8 oz) cream cheese
12 oz white chocolate
1 cawan butter - lembutkan

Cara Menyediakan:-
Preheat oven pada suhu 165 C. Griskan loyang 8 x 8 x 3. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim. Tambah telor satu persatu dan pukul sebati setiap kali telor dimasukkan. Campurkan pewarna dan serbuk koko, kacau sebati. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau. Masukkan tepung secara berperingkat dengan buttermilk. Kacau sebati. Masukkan esen vanila dan garam. Dalam cawan campurkan baking powder dan cuka, kacau dan tuangkan ke dalam adunan. Kacau rata (jangan over mix). Tuangkan ke dalam loyang. (*ummi dapat 1 loyang 8x8x3 in dan 1 loyang 3x5 in.) Bakar pada suhu 165 C selama 20 - 25 minit/hingga masak.

Untuk topping:- Cairkan white chocolate dan biarkan suam. Dalam bekas lain, pukul cream cheese hingga ringan dan gebu, masukkan white chocolate dengan butter dan pukul hingga lembut. Kemudian bolehlah dihias atas kek.

2 comments:

  1. Cantik jugak kek red velvet tu..ari tu nak buat, mak mat kata mcm kek "iblis"..hahah ada kaa patut...sebab kaler dia merah!

    ReplyDelete
  2. Hehe..mat, nsb Mak Yah x cakap Devil Cake..hehe..aa lah mana lah Bonda nk makan kaler merah2 gitu..tp mat,kek ni kian lama kian sedap..hehe (*mcm lgu Mawi lak Kian Jauh Kian Hilang)..ya lah bila dah sedap memang hilang dari pandangan mata..kuii kuii..

    ReplyDelete