Tuesday, January 1, 2008

Apple Clafoutis

Malam tadi ummi sempat prepare dessert ni, saja2 lah nk ngap waktu senggang kan..musim cuti ni, wat apa je sema licin... =D. Resepi ku cilok dari rumah Yat...(*ish rindu lak kat Yat bila tengok resepi ni...) Ummi wat half je dari sukatan ni..emm sedap, bila makan sejuk2..

Bahan:-
(A)
8 biji epal hijau - potong
125 - 250 ml apple cider
60 gm butter
50 gm sugar

(B)
120 gm tepung
50 gm gula
500 ml susu penuh krim
6 biji telor

Cara Menyediakan:-
Panaskan oven 180 deg.celcius. Dalam caserol, panaskan butter, masukkan apple, apple cider dan gula. Masak hingga apple lembut. Tuangkan dalam bekas pembakar, stimkan sebentar dalam 10 minit agar apple lebih lembut. Dalam bekas lain, pukul semua bahan B hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas pembakar tadi dan bakar sehingga 40 - 45 minit/hingga masak. Hias dengan gula castor dan fresh cream jika suka. (*ummi tabur gula castor jek). Bila sejuk boleh masukkan dalam fridge, lebih sedap makan tika sejuk.

No comments:

Post a Comment