Malam ni terasa nak buat brownies lak, lagipun resepi senang jek..so inilah hasilnya..Resepi dari majalah Saji tapi ummi adjust gak sikit.
Bahan:-
(A) Kacang Walnut (bakar pada suhu 150 darjah cel. selama 10 mint)
(ummi cincang halus, sepatutnya kasar biar nampak bila dipotong)
(B) 1/2 cawan butter
1/2 cawan coklat masakan
(C) 4 biji telor
1/4 sudu kecil garam
(D) 1 3/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
(E) 1 cawan tepung serbaguna
1/4 cawan choc chips (ini ummi saja tambah)
Bahan Sirap Kopi: (ummi tukar koko)
4 sudu besar serbuk kopi
50 gm gula aising
1/2 cawan air
Cara Membuat:
Cairkan bahan B dengan kaedah double boiler dan pukul sehingga panasnya kurang. Dalam bekas lain pukul bahan C hingga separuh kembang. Masukkan bahan D dan pukul hingga kembang. Campurkan adunan coklat yang sudah sejuk dan kacau dengan senduk. Kemudian masukkan bahan E. Masukkan bahan A yang telah dicincang kasar dan choc chips dan kacau rata. Tuang dalam loyang yang telah digriskan. Bakar selama 30 minit pada suhu 185 darjah celcius.
Sementara itu, didihkan bahan sirap kopi atas api perlahan. Tuangkan sirap atas brownies yang telah siap dibakar (ia agak pahit). Boleh juga tabur gula icing jika kurang manis.
personally i would love it with coffee but for the kids your version is better....
ReplyDeleteOff course zai, totally i made this for my kids, that's y i changed it to cocoa with 1 tsp nescafe..hehe..so, the taste is similar to coffee i think! (*Telling u d truth, i don't have coffee in kitchen).
ReplyDelete