Monday, December 10, 2007

Jemput Ikan Bilis

Pagi kelmarin punya menu, sebab ramai anak2 buah kat rumah ni, jemput ni memang laku...pakat angkut lepas sepinggan-sepinggan je budak2 nih..hehe..tau-tau licin.

Bahan:
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 labu bawang besar - dadu
2 genggam ikan bilis - sederhana/kecil
2 cawan taugeh
50 sen daun kucai
2 cawan air panas didih
1 cawan air biasa (tambah sikit lg jika perlu)
serbuk kunyit
1 biji telor
garam
Cili hidup - potong kecil (optional)

Cara Membuat:
Campur sume bahan kecuali air dan telor. Tuangkan air didih dulu..kacau rata (memang tepung akan kelihatan separuh masak). Masukkan air biasa sedikit demi sedikit dulu, masukkan telor, bancuh dan kacau sebati dengan tangan (jangan terlalu lembik). Panaskan minyak dan skop dengan tangan atau guna sudu, goreng kekuningan. Makan dengan sos cili.

No comments:

Post a Comment