Thursday, November 22, 2007

Nasi Tomato

Lunch today with nasi tomato...very simple one dan sedaaapp!! Got it from choppy@MR, if I'm not mistaken...

Bahan-bahan:-
2 cawan beras basmathi - rendam 10 minit, cuci dan toskan.
2 cawan air
1/2 cawan susu segar
2 biji tomato - potong dadu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Untuk tumis:-
2 sudu besar minyak sapi/mentega
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1/4 biji bawang besar - hiris nipis
Hiasan:-
Bawang goreng
Kismis - (ummi xda stok)

Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi/butter. Masukkan bahan tumis dan kacau hingga naik bau. Masukkan beras, kacau sekejap. Masukkan air, sos tomato, buah tomato, susu, daun pandan dan garam. Masak seperti biasa. Bila hampir masak, letak kismis jika mahu. Taburkan bawang goreng bila menghidang.

1 comment: