Monday, November 26, 2007

Nasi Goreng USA

Hah ni kalu orang USA tengok ni mesti tergelak...ya ke orang USA pnya resepi ni..? Ntah ummi pun duk bese wat yang camni le...resepi dari majalah wanita oleh sebuah restoran..nak wat pun senang jer..x remeh sangat.

Bahan-bahan:-
Untuk Nasi Goreng
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
5 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair
Sedikit garam
Telor - wat goreng mata kerbau.

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan kicap dan masukkan nasi dan garam sikit. Goreng cam bese. Ketepikan.

Untuk Daging Masak Merah
300 gm daging - potong nipis
1 labu bawang besar - dadu
2 batang serai - ketuk
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili kisar
Daun limau purut - hiris
Garam

Tumis bawang besar hingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Kacau sekejap dan masukkan daging. Masak hingga empuk. Masukkan sos tomato dan letak serai serta garam. Tambah air sedikit. Masukkan daun limau. Kacau sebentar, seimbangkan rasa. Siap dan hidang dengan telur mata kerbau sekali.

No comments:

Post a Comment