Friday, November 9, 2007

Meehoon Goreng Lada Hitam


Dapat dari blog Jun...emm sedap lah!

Bahan-bahan:-

400 gm meehoon
15 ekor udang sederhana besar
200 gm daging/isi ayam

1/4 biji kecil kobis
3 pokok sawi
200 gm taugeh (x isi, xda dlm fridge)
5 ulas bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - dadu
5 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
3 sudu sos cili
1 1/2 sudu teh lada hitam
sedikit garam

Caranya:-

Tumis bawang putih, bawang besar, masukkan ayam. Masak sekejap. Masukkan udang kacau sebentar dan masukkan kicap manis, kicap cair, sos cili dan sos tiram dan lada hitam. Masukkan sayuran lain kecuali taugeh. Masukkan meehoon, garam dan sedikit air. Seimbangkan rasa. Bila meehoon sudah lembut masukkan taugeh, kacau sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan bawang goreng atau cili merah potong.

No comments:

Post a Comment