Friday, November 23, 2007

Mashed Potato

Bahan-bahan:-
4 biji kentang
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil blackpepper (ummi letak 1/2 sudu jer)
25 gm butter
4 sudu besar tepung jagung
2 cawan air
garam

Cara Membuat:-
Kupas kentang dan rebus empuk. Lenyetkan dan kepal bulat-bulat. Ketepikan. Dalam bekas lain, bancuh tepung jagung, pati ayam, blackpepper, garam dan air. Kacau rata. Panaskan butter dlm pan dan tuangkan bancuhan tadi. Bila pekat sikit, tutup api dan tuangkan atas kentang tadi. Siap! (Note: warna kentang ni kurang gelap, sbb ummi kurangkan lada hitam..hehe)

No comments:

Post a Comment