Bismillahirrahmanirrahim
Sedetik masa yang datang berlalu membawa kisah-kisah yang kadang-kadang membawa seribu pengertian untuk kita terus meniti kehidupan yang sesingkat cuma ini. Bersyukurlah kerana kita dipertemukan dengan insan-insan yang sentiasa menyayangi, sentiasa mendamaikan, sentiasa bersama dalam suka dan duka untuk menumpang bahu, ataupun sentiasa mahu berkongsi rahsia apa sahaja untuk manfaat bersama...insyaAllah.
Alhamdulillah, ini cerita gembira minggu lepas (Sabtu, 5 April 2014) di mana akak berkesempatan lagi bertandang ke Bengkel Inspirasi Kek dan Coklat Chef Amer di Akademi Chef Amer bersama pemenang-pemenang kuiz majalah SAJI. Peluang begini bagaikan tidak mampu ditolak setelah beberapa kali menyertai pelbagai kelas Sifu Coklat yang ternama ini namun terkenal juga dengan kepakaran dalam pelbagai jenis masakan lain seperti Kek, Pastri, Biskut, Western Food, Masakan Baba dan Nyonya, Nasi Daging dan Nasi Briyani Dhum yang termasyhur itu.
Beberapa teman yang akak perkenalkan untuk mengikuti kelas-kelas Chef Amer juga sangat bersyukur kerana diajak mengikuti kelas-kelas chef. Banyak tips dan rahsia dari yang sekecil-kecil (asas) kepada yang lebih merumitkan dikongsikan dan bakal terjawab segala pertanyaan.
Anda akan melihat teknik dan diajarkan pelbagai tips dalam mengenal bahan-bahan yang digunakan, membezakan, memilih dan mendapat hasil yang memuaskan. Mmg tiada rahsia, tanyalah apa sahaja..! Peserta akan diberi tugasan dalam kumpulan untuk melakukan sendiri seterusnya.
Kenal tak dengan salah seorang jemputan dari SAJI tu?? Blogger terkenal juga dari Johor....hehe. Cer teka..cer teka...
Teknik balutan coklat....
Bagi yang pertama kali mahu mengenali teknik hiasan kek...
dan teknik pembuatan coklat untuk hiasan atas kek...ini sudah cukup berbaloiii!!
Dan hasil bedahnya....wallaaahhhh!! Terbaik....sedap ya amaaatttt....! Selain itu, beberapa resepi percuma kek dan hot chocolate yang "sedaaaaapppp beracun" telah dikongsikan..
Pemenang-pemenang Kuiz Coklat Chef Amer dalam majalah SAJI mendapat sumbangan utama dari SAJI, Le Bourne dan pelbagai hadiah sampingan. Tidak lupa juga Sijil dari Akademi Chef Amer.
Ini hasil yang akan kami bawa pulang. Ada coklat, kek, cupcake dan dessert yang mmg meletopsss!! Jom bisnes....hehe
Yang ni x lupa enterframe.....hehehe...Kenal tak?? Fauziah (Gee-Hut) dan Zila Norazila (Zila4Ever) yang mendapat undangan dari majalah SAJI. (*sori la gambar blur sikit sbb camerawoman yang diupah tu segan-segan nak snap...hehehe).
Terima kasih banyak Chef dan SAJI. Semoga terus sihat dan berkongsi lagi dan lagi. Ameen..Ameen..
CHEF AMER AKAN TURUN KUANTAN LAGI...JOOOMMM...!!
Oleh itu, ingin dikhabarkan bahawa Chef Amer akan turun ke Kuantan lagi untuk berkongsi Rahsia Memasak Nasi Briyani Dhum yang meletopsss yang diwarisi dari keluarga beliau yang juga tukang masak terkenal di daerah kelahiran beliau. Sudah berbulan beliau ditempah untuk hadir kembali dek kerana kesibukan dan jadualnya yang padat...
Inilah menu BERBISA dari Chef:-
1. Kambing Masak Briyani Yang Ibu Mertuaku Sentiasa Menanti
2. Ayam Masak Merah Bapa Mertuaku Tak Jadi Marah
3. Dalca Tulang Lembu Jangan Lupa Jiran Belakang
4. Nasi Briyani Dham Isteri Baru ku Anak Tok Imam
5. Rojak Pencur Ipar Ku Pasti Terliur
6. Air Bandung Soda Idaman Ibu Mengandung