Tuesday, May 31, 2011

Lamaran Hana Ke Santai Fotografi

Assalamualaikum buat semua pengunjung setia Home Sweet Home...Akak mohon maaf kerana tiada entry masak2 untuk 2 3 hari ni. Tak sempat jugak nak blogwalking ke dapur-dapur kalian..tu pun jeling2 jek kat ofis, kerja melambak la pulak dengan meeting lagik.. Lagipun wiken baru ni aktiviti penuuuhhh.... Ni entry khas untuk acara hari Sabtu kelmarin. X tau la macamana boleh terjebak dengan kelas fotografi ni... Ce citer, ce citer... Ni nak ucap bebanyak terima kasih atas ingatan Cikgi Hana kepada akak dan mempelawa akak dan cik abang untuk turut serta Kelas Asas Fotografi (SLR) oleh Encik Zalani dari Fotomedia Group EOS Academy dengan kerjasama sekolah dak Hana ni...Sekolah Goh Chok Thong (*Mat yg sebut ni..bkn akak..hehe)

Semua aktiviti ni sebenarnya secara tidak dirancangkan pun. Hari Jumaat malam tu Hana sms bagitau dan mempelawa akak dan suami untuk mengikuti kelas fotografi ni. Masa tu tengah tergolek letih depan tv sebab baru balik dr rumah kakak ipar. Duk tanya hb, nak pergi ke tak, nak xnak gitu...pastu jawab kat Hana yang hb nak pergi, akak ni x tau lagik, kalau rajin n segar badan akak join. Pastu pagi Sabtu semangat berkobar jek nak turut serta. So sms kat Hana yang akak pun join lah konon2...suka2 jek ingat nya..Kelas bermula jam 9 pg hingga 5 petang. Waaaaaaaaa..sungguh seronok dan x sedar masa pantas berlalu.... Jom la layaaan....tp pening2 gak nak mengingatkan teknik2 segala tu ha....tp boleh la masuk otak sikit...dr zero tu dpt byk gak laa..kira masuk otak gak 80% pun...hehe..maklum kelas orang2 tua jeek...

Kelihatan Encik Zalani sedang mendengar penerangan dan pengenalan oleh peserta-peserta kursus. Kena bagitau pulak sejak bila dan kenapa berminat untuk menyertai kelas fotografi ni....hehee...Banyak sungguh peralatan camera yang dibawanya...ini adalah sebahagian daripada berbagai jenis camera...nak sebut pun x reti..wakakakaa.. Jom layaan gambor udah laaa...Kelas bermula dengan pengenalan kepada apa itu "aperture", "shuttle speed" & "iso" dan cara menentukan ketiga2 teknik tersebut, cara pengendalian dan penjagaan camera, teknik2 mengambil gambar dalam pelbagai sudut n angle spt. "leading line", "balance", "story picture", "rules of third" dan ntah apa2 lagik..x igt nak mention sini...kena semak nota dulu...Barulah dengar perkataan "noise", "motion blur" n ntah apa2 lgk...bagai2...hehee

Antara peserta....tengok cikgi Hana tu...tengah buat apa eh...camera canggih gilosss....Tengok Hamzah kendong beg camera punyalah besaaauuuu...ngeriss akak tengok...akak n hb lak lain2 jenis bawak, Nikon n Canon...so tarak gaduh punya...wakakakaa...

Yang ni peserta tambahan....Hana satu family masuk kursus...hahahaha...tapi budak kecik Darwish ni walaupun demam2 sikit....baik sungguh! x banyak karenah sangat...sampai tertdo belajoor....wakakaa...

Aktiviti di luar kelas....cara mengambil gambar untuk group photo....tips dan panduan yang sungguh jelas dr Encik Z...hehehe..

antara teknik mengambil gambar....hahahhaa...ntah apa2 akak punya...tp tang bendera tu dpt pujian gak laa...sbb lawo la konon2nya... dan untuk story picture...air bandung x abis tu idea menarik kata Encik Z, cuma teknik kena betul lg laaa...wahahhaha

Yang ni acara ambik kipas dlm kelas.....teknik dan penggunaan aperture (F number), shutter speed dan ISO ...lebih kurang gitu laaa..muahahahha...Sebenarnya banyak lagi teknik...x kuasa la nak edit n entry banyak2...sikit2 dah la eh..hehe

Apapun, thanks again to Hana sebab sudi pelawa dan atas ingatan mu itu...terharu akak...apa-apa ilmu pun x rugi kita belajar kan....pastu kalau tahu kita sebar2kan...sebab ilmu tu hak Allah....mmg itulah sebenarnya yang dipraktikkan oleh Encik Z, dia x mintak bayaran pun untuk hari tu sebab xda nota katanya...Terkejut kitaorg, walhal apa yang diajar dan latihan serta perkongsian ilmu beliau cukup banyak hari tu, walaupun banyak lagi perlu dipelajari, ya lah biasa org kursus 3 hari, 2 hari gitu kan..kan......apapun sumbangan tetap dibuat untuk penat lelah dan masa yang diambil oleh beliau...Terima kasih banyak Encik Z, moga Allah membalas dengan pahala berganda untuk tuan.

Ok Hana, lenkali ada kelas jahit ke, masak ke, mengecat ke, berkebun ke....panggil eh kalau x cukup korum....wakakakaa....muaaaahhhh Hana!!

Monday, May 30, 2011

Happy 20th. Birthday Najiha Elyani!!

Assalamualaikum......waaaaaaaaaahhh hari ni besday my daughter Najiha Elyani yang ke 20...xdan langsung nak buat apa-apa...Hanya entry ringkas ini sebagai tanda mengingati dan ucapan tengahmalam tadi....hehe

"Selamat Hari Jadi Buat Kak De yang disayangi....Doa mak dan abah moga-moga Kak De sentiasa dalam lindungan, diberkati, dilimpahi rahmat Allah swt. jua. Semoga apa yang dicita-citakan akan menjadi kenyataan jua. Doa emak dan abah sentiasa mengiringi Kak De moga dipermudahkan segala apa jua lapangan yang diceburi. Moga berbahagia selalu hendaknya....amiinn.. "

Emak mohon maaf kerana tidak berkesempatan nak sediakan kek or apa-apa untuk kali ini... Hanya ucapan ringkas di entry ini berikutan kesibukan sepanjang wiken dengan kursus dan kenduri-kendara betul-betul menghambat waktu yang terbatas. Malam tadi, sampai rumah pun dah jam 9.00 malam...huhuu...InsyaAllah, nnt emak godek2 kek xpun mak belanja makan la eh... Peluk cium kasih sayang dari mak dan abah serta seluruh family untuk Kak De.....muaaahhhhhzzzzz!!!

Friday, May 27, 2011

Kari Ikan Kerisi

Assalamualaikum.....Moga semua mendapat keberkatan di hari jumaat yang mulia nih....sekejapnya dah hari jumaat dah eh....huk alaaahh....Tu la kan...pejam celik pejam celik masa beredar pergi meninggalkan kita dengan usia yg semakin bertambah... Asam garam kehidupan jugak kadang2 bertambah...macam2 citer timbul dan tenggelam...huhuuuu... Okay lah ni rasanya entry terakhir kot minggu ni....sebab rasanya bz jugak...esok anak2 dara ajak outing...ahad pun bz....pagi hal sendiri...petang hal saudara mara kenduri laks...

So you all layan la dulu lauk kelmarin yg akak terlupa nak posting nih...ekekeke.... Sebab skrg petang2 balik kerja duk berkejar ke rumah baru..Nasib dekat jek jarak dengan rumah skrg...pi cuci2 rumput yg naik lebat pulak ni, tebas2 anak pokok keliling rumah...tu pun banyak hal nak setel, nak pasang grill, urusan air, elektrik segala...Belum bab dalam rumah tu lgk...adeeii... Bab menebas tu saja jek nak peluhkan badan....buat jek anak beranak, berpeluh badan, sonok gak....kan. Kebetulan diaorg sume tengah bercuti lama ni kan...Asyik igt nak relax jek...Maybe lepas ni akak relax terus la kot...senang kan.... Banyak sgt hal...Tu pun x tau nak pindah bila...ahaks! Setel satu2 dulu...Sayang lak nak tinggal rumah skrg ni, dah byk gak buat renovation...huhuu


KARI IKAN KERISI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 ekor ikan kerisi besar - cuci bersih & kerat dua bahagian
  • 1 1/2 cawan santan pekat *
  • 6 sudu besar serbuk kari ikan *
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar *
  • 1 sudu besar cili kering kisar* - (*dibancuh bersama)
  • 2 1/2 - 3 cawan santan cair
  • 2 tangkai cili hijau - belah 4
  • 2 biji terong panjang - belah dan kerat
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk/Tumis:-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh halba
  • 1/3 sudu teh biji sawi
  • 2 tangkai daun kari
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk dengan api sederhana hingga naik bau.
  2. Masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, cili kisar dan santan pekat. Masak dengan api perlahan hingga kari pecah minyak. Kacau sesekali.
  3. Kemudian masukkan ikan dan kacau balik perlahan dengan kari. Biar mesra sekejap.
  4. Masukkan santan cair, air asam jawa dan garam secukup rasa.
  5. Bila mendidih masukkan terong.
  6. Akhir sekali masukkan cili hijau dan seimbangkan rasa. Tutup api.

Roti Inti Daging Goreng Mentega

Assalam....ni kira dah entry malas-malasan dah ni taauuu...x tau la apasal...angin ribut mana bertiup x tau laa...paling sempoiii dan malas nak cakap banyak. Roti ni bukan wat breakfast, tau tp untuk dinner malam tadi, sume xnak makan nasi, sebab depa hentam doyaaan...satu dapur berbau, naik pening kepala akak, kita sorang jek x suka doyan.....last2 kita lari masuk bilik...hahaha..adeeiii...letih!!

ROTI DAGING GORENG MENTEGA

Bahan:-
  • 400 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 4 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos barbeku
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • roti sosej secukupnya - dibelah 2 jgn putus
  • 2 biji telor - dipukul sikit (utk celup roti)
  • mentega secukupnya untuk goreng roti
Cara Penyediaan Inti:-
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non-stick. dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau sebentar.
  3. Masukkan daging serta daun bay. Masak hingga daging separuh masak.
  4. Masukkan kesemua jenis sos dan masukkan sedikit air untuk pastikan daging telah masak.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak daging kisar hingga airnya kering dan daging nampak pekat dengan sos.
  6. Seimbangkan rasa biar sedikit pedas kari dan manis masam sos dan tutup api. Biarkan sejuk sebentar.
  7. Letakkan inti di tengah2 roti dan picitkan sos cili dan rapatkan belahan roti.
  8. Celupkan ke dalam telor yang dikocok tadi.
  9. Panaskan 2 sudu besar mentega dengan api perlahan di dalam non-stick pan dan letakkan roti 3 - 4 ketul sekali gus. Balik-balikkan sekeliling roti hingga nampak telor salut tadi masak. Buat hingga habis. Angkat dan hidangkan panas-panas.
sorilah gambar kurang memuaskan...sume dah kelaparan tengok roti nih...

Wednesday, May 25, 2011

Talam Mini Kacang Hijau

Assalamualaikum.....wahahahha...ku lihat ijoooooo....tu dia...lain macam jek ijo kuih talam ni....pewarna mcm kaler turquoise pun ada gak sekali pandang...hehehe... Alaaa x kesah laaa...tp nak bagi tau laa....kuih-kuih yang dibuat dari kacang hijau ke kacang merah ke...mmg favourite akak.... sekali ngap 10 ketuiii pun akak relaaaa uuuu...hahaha...

Apapun ni asal dari kuih lapis kacang hijau Kak Liza nih...ada kepala santan gitu...dah penah buat dulu... Pastu tengok Anim pulak buat x letak kepala.....akak pun buat jugak...hahaa...lg senang kerja... Cuma akak ada sikit penambahan tepung sebab kukusan pertama tu nampak mcm sedikit lembik.... Santan pun akak belasah santan Kara jek....mmg best jek....elok nampak lemak jek kan...kan...hehee...Terima kasih pada Anim yang bg idea wat talam mini ni...senang nak ngap...hehe... Jom layaaannn....sangaaaatttt sedaaaappppp!!



KUIH TALAM KACANG HIJAU
Resepi Asal: Kak Liza (Chef Hanieliza)
Sumber : Ummi @ HomeSweetHome
Olahan : Anim @ My Kitchen

Bahan :-
  • 3 cawan santan cair (akak guna 1 cawan santan kara + 2 cawan air)
  • sedikit garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung beras (akak letak 1 1/3 cawan)
  • 1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan kisar jgn halus sgt) - akak kisar separuh jek
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan:-

  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan2 kecil dan kukus selama 30 minit/hingga masak.




Tuesday, May 24, 2011

Ketam Cili Padi Kasturi

Assalamualaikum..... jom makan ketam..hehee... Ni hb beli ketam masa outstation ke Rompin kelmarin...so semalam masak laaa ketam nih.... Kat rumah akak, kalau masak pedas2 berapi macam ni mmg laku laa...maklum sume tekak dah dewasa daaahhh...hehe.. Kalau ada anak kecik susah sikit la kan...

Memang banyak gak ketam hb beli....2 kali ganda bekas yang akak tayang nih...puashati makan...hehe.. Ntah berapa ekor sorang makan...tp ya laaa..ketamnya taklah jenis besar sgt sekarang ni..memang kecik2 jek laa...

Okay lah, malas nak bebel panjang...xda mood sangat nih......mcm x best jek skrg ni....huhuu...Meh tengok resepi sempoi akak ni...




KETAM CILI PADI KASTURI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 10 - 12 ekor ketam sederhana besar - cuci bersih dan kerat dua
  • 3 biji limau kasturi - perah jusnya
  • 3 batang serai - diketuk
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak masak
Bahan Kisar:-
  • 14 tangkai cili padi/cili thai
  • 2 - 3 tangkai cili merah
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.
  3. Masukkan ketam dan gaul rata hingga bersalut. Tutup kuali sebentar.
  4. Masak ketam hingga benar masak dan bahan bersalut pekat dengan ketam.
  5. Akhir sekali masukkan perahan jus limau kasturi dan kacau rata sebentar. Seimbangkan rasa dan tutup api.

Monday, May 23, 2011

Pulut Kukus Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum.....harap semua sihat2 eh...akak mintak maaf lambat jek masukkan entry....selalunya yang dah licin...apa nak buat....Masa amat terhad. Kalau hari cuti tu, macam2 hal nak buat, nak kena siapkan... Tu pun masih x cukup la cuti dua hari....kebetulan mmg banyak hal... Hari Sabtu sebenarnya akak masak pulut nih....pastu lepas zohor pi rumah bos tolong siapkan goodies tuk kenduri kahwin anak2 beliau yang akan turut dihadiri oleh KDYMM Sultan Pahang. Tu la pasaii, bos pun terpaksa la mintak tolong kaum2 wanita kat ofis nak siapkan goodies tuh...xpa, kita tolong sesekali kan..bukan selalu.

So akak kukus pulut ni banyak gak laa...atas permintaan Aiman sebenarnya...dia kata, rindu nak makan pulut putih dengan sambal ikan bilis...Ha, 5 cawan pulut akak masak...sampai ke tengahari laaa.... Untuk petang tu akak awal-awal lagi buatkan kuah serawa lak, yang ni permintaan hubby lak...nak makan dengan pulut ni jugak laaa...adeei banyaknya permintaan kan..hahahaa.... Tp yg serawa tu xdan nak snap laa...lepas jek masak kuah serawa durian tuh...akak bersiap2 terus ke rumah bos...

So u all layan gambar2 je la eh....rajin pulak snap gambar pagi tu...hehehe...so kita tayang banyak2 kasi terliur la...kot kot laaa kan..hehee...esok pagi kot ada yg teringin nak buat...hehee

Tak payah letak resepi la kan....masak sempoi2....cuma gaya dan presentation jek yang lebih-lebih...hahahaa.. Tapi ini mmg favourite sarapan pagi family akak dan jugak mak abah di kampung semua.... Memang biasa jadi juadah minum pagi akak dan adik2 masa kecik2 dulu...

Kalau kukus pulut kuning mesti dengan rendang, tapi kalau kukus pulut putih camni...lawannya mesti sambal bilis.... Pastu petang leh wat kuah serawa....x kesah la letak durian ke tak.... Kiranya 2 in 1 la kan...hehehe...Layaaann... xyah mintak eh...dah licin..hehe... Sowwwyyyy selowwwwwiiiiii...hahahaha






Banyak kan..... 5 cawan beras pulut...hehe... sebabnya seisi rumah gemar, makan dr pagi sampai ke petang pun xpaaa.... Nasib baik badan kita ok, x da angin2...hehee...Otak jek yg berangin...wakakaka

Saturday, May 21, 2011

Instant Blueberry Muffin

Alahaaiiii ni dah kes malas dah ni taaauuu...tapi perut n tekak x reti nak malas2 bila bab makan...rajin jek mereka dlm otak kan... Nak makan itu, nak makan ini.. Akak ni dah la x banyak masa nak godek2 sakan macam orang...tp semangat komain nak membaking jugak muffin nih....teringin tul nak makan blueberry muffin.... Lastnya masa singgah kat kedai bahan baking kelmarin konon nak beli tepung roti n sedikit bahan lain...last-last nampak ada blueberry muffin mix nih...terus jek sambar....hahaha..bahaya kan, kalau beli main sambar2 nih...x elok diamalkan... Tapi kalau setakat untuk isi tekak ni apa la sangat kan...bukan beli baju ratus2 pun...

So dengan itu, terjadilah ready muffin mix nih.... Nak buat ikut ajelah bahan-bahan kat plastik tepung campuran nih... Cuma akak piping bluberry filling kat tengahnya...


Badan pun penat sikit nih, macam dah ngantuksss je...lepas zohor tadi pergi ke rumah bos tolong2 mengikat dan merebenkan goodies untuk perkahwinan 2 orang anak beliau. Ada lah 7 8 orang geng ofis datang.... Banyak jugaklah dapat disiapkan...siap solat asar kat rumahnya... Datin siap sediakan serawa durian dan kuih serimuka pandan untuk hidangan petang..thanks Datin yg baik hati...kenyang perut. Dah azan maghrib baru akak balik rumah....pergi tadi pun bawak anak2 dara akak 2 org ni..so cepat sikitlah setel keje..hehe... Jom lah layan jek muffin nih...No resepi la eh.. Plastiknya akak dah buang pun...x igt lak.. Tapi sape2 yg x penah buat guna instant mix tuh, buat je ikut arahan dan insyaAllah menjadi...sedaaappp pulak..!



sedap, gebusss dan moist jek adunan nih...next time kalau malas nak menyukat segala, beli tepung segera ni je la eks...hehehhee....okay lah akak nak rest dulu la...mata mcm dah layu kepenatan jek..

Four Braided Bread

Assalamualaikum....sarapan apa tu? Mesti ramai yang outing dengan family kan...sesekali beriadah bersama mmg seronok...So, selamat beriadah... Akak pun banyak hal jugak ni walaupun xda kenduri-kendara dan x outing... Ni roti yang akan buat masa family adik datang bertandang petang...bila dia tau jek akak tengah tunggu roti naik, dia kata nak tunggu laaa...nak makan yg fresh from oven....hehehhee... Mmg liciin weeeyy... Angkat keluar jek dr oven, terus keluarkan letak dlm pinggan...semua pakat cubit jek panas2 tu..xleh nak potong dah...pekena lak dengan teo O Cameron Highland tuu...best giloosss!! So xda la posing2 menarik yeaaa...hehehe...xleh tunggu lama dah masing2...

Resepinya sama jek dengan doh Old Town White Coffee Bun tuh...cuma kali ni akak gatai-gatai tangan buat jalinan 4 kepada roti nih...senang xyah nak bulat-bulatkan...lambaaattt sangat...kan..

Untuk cara menjalin or dandan roti tu, adik2 n akak2 sume boleh refer kat Sini eh...macam2 cara ada...nak 6 jalinan pun ada...cuma 10 jalinan jek akak tak jumpa lgk....hehehhe

Akak punya tu pun...dah elok-elok dandan..bila roti tu naik...ada setengahnya putusss jalin nya tuh..hehehee...

So laaayyaaaannnn..... Sedap betul dimakan panas-panas gitu eh....wallaaahhhh!!! Selamat berdandan...hehe










Sori xdan nak posing cantik punyeerr...sume dah x sabar nak ngappp panas2..hehe


Thursday, May 19, 2011

Kuih Ketayap Polkadot Warna Warni

Assalamualaikum......dah bersantap ke semua? Ada yang santai2 la tu kan...akak ni sambil-sambil kudap muffin sebenarnya tadi, balik kerja terus buat, makan suam2...x makan nasi dah la malam ni... Ntah nape, teringin nak makan muffin...hehee.. Sebelum tu jom la cuci mata dengan kuih dadar ni dulu....entry tertunda okaayyy..hahaa..biasalah akak kan... Ada masa nak masak, xda masa lak nak terus letak entry... Maaf la akak eh, jangan mareee.. Kalau mareee nnt akak merajuk laaa...xnak dah buat tayangan amal kat u all...hehehee...

Ni akak buat petang selasa kelmarin sebenarnya, baru sempat nak update....Ntah la, teringin pulak nak makan kuih dadar, tapi bukan mengidam okaayyy......Kebetulan jalan2 kat dapur CT tu nampak dia buat dadar dot dot nih.... tp CT dot dot satu kaler.... akak rajin2 buat kaler maler....gasaaakkk...hehehehhe...tp cantik kan..kan..suka tengok... Anak2 sedara kebetulan datang, tinggal 6 ketuii jek...diaorg makan x tinggal dahpun tuk ummi diaorg tuh...adeeiii, gelojoh eks..hahaha... Okayy jom layannn..Resepi asal oleh Kak Wan...thanks to both!


KUIH KETAYAP POLKADOT WARNA WARNI
Resepi: Kak Wan
Sumber: CT Delima
Diolah tambah : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur (*akak letak 1 biji je)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan susu cair atau santan (*guna santan)
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna hijau
  • 1 sudu besar majerin dicairkan (*akak x letak)
  • sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti (*akak buat inti citarasa akak sendiri - hampir sama jek dgn kak Wan punya)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 3/4 cawan gula merah (*akak guna 1/4 cawan gula melaka yg dihancurkan, 1/4 cawan gula merah)
  • sedikit air (*akak x letakpun)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung pulut/jagung (akak letak tepung jagung)
Cara-cara :
  1. Untuk INTI: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
  2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
  3. Untuk DADAR : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis. (*akak asingkan sedikit adunan, campur sikit tepung lg biar pekat, kacau sebati dan letak masing2 dgn kaler biru dan merah. ,masukkan ke dalam piping beg dan gunting kecil muncung beg)
  4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. (*kemudian akak cepat2 dot-dotkan atas adunan dengan kaler biru dan merah)
  5. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. (*akak angkat dan terbalikkan bahagian polkadot ke bawah.)
  6. Terus letakkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang). Ulangi sehingga adunan tadi habis.


Kueteow Udang Pedas Tersentap....Hehe..


Assalamualaikum.....Hehehe...Tersentap ke tengok tajuk tuh...hehehe...bukan tersentap merajuk ni tau....tersentap sebab pedas mulanya, pastu licin masuk ke tekak...hahaha.... Dengan kata lain atau maksud sebaliknya....x terkata apa2....Sedap ke tak sedap ke, pedas ke hot ke, kena telan la kan...xpun lapooorr...hahahhaha... Habiskan jugak... Eh tp xdan nak suruh habiskan, dah habis dulu laaa.... Ciaann kat u all kan...dah licin...cuci mata je laaa....

Rasanya dah lama sangat x goreng kueteow nih... Buat ni pagi Selasa kelmarin sebenarnya....tu laaa...tersentap sebab xdan nak ajak orang lain makan...dah habis daahh...Awang Pink tu menyepit komain lgk...lajuuuu jek...x igt doniaaa...hehehee.... Jom layaaannn...zaaassttt!

Masak sempoii2 jek....sekadar memenuhi selera dan tekak family akak...


KUETEOW UDANG PEDAS TERSENTAP
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (Hidangan 6 - 8 orang)
  • 3 paket kueteow - cuci sekejap dan toskan.
  • 8 sudu besar cili kering kisar
  • 6 tangkai cili padi *
  • 8 biji bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • 3 sudu besar udang kering - rendam air panas sekejap* (bahan * ditumbuk)
  • 15 - 20 ekor udang sederhana besar - cuci bersih
  • 2 biji telor
  • 6 sudu besar kicap pekat ABC
  • 3 sudu besar kicap pekat manis cap Kipas Udang
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • secekak daun kucai - kerat-kerat 2 inci
  • 1 mangkuk taugeh / ikut suka
  • 2 tangkai cili hijau - potong serong
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • limau nipis - potong dan perahkan jusnya ketika hidang
Cara Memasak:-
  1. Pansaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk beserta cili kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan kesemua jenis sos dan kacau sebentar.
  3. Masukkan udang, kacau separuh masak. Diikuti dengan telor dan biar sekejap.
  4. Masukkan garam dan rasa ikut kesesuaian tekak.
  5. Masukkan kueteow dan kacau rata perlahan-lahan agar kueteow tidak terlalu hancur.
  6. Masukkan pula sayur taugeh, kucai dan cili hijau. Kacau balik perlahan rata-rata.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan perahan limau nipis.