Friday, May 30, 2008

Chocolate Gateau Cake


Resepi kek untuk Birthday Najiha baru-baru ni yang memang mudah dan betul2 sedap! Tak menggunakan telor ataupun butter, menggunakan tepung wholemeal, x penah guna lak tepung ni tuk wat kek, selalu wat roti or muffin je...Memang sihat untuk yang sedang berdiet..not meeee!! Hehe..Koleksi resepi dari buku Angela Nilsen dan Sarah Maxwell. Ada sikit ubahsuai Ummi buat. So, inilah resepinya...Sedap dengan lapisan cokelat di tengah2nya serta topping..Hehe..Ummi x pandai nk deco2 ni..Don't look at the decoration k, but I can assure you'll not be dissappointed of its taste!

Bahan:-
2 1/2 cawan tepung wholemeal
1/3 cawan serbuk koko
3 sudu teh baking powder
1 1/4 cawan gula kastor
beberapa titis esen vanila
9 sudu besar minyak sunflower (ummi guna minyak sayur je)
1 1/2 cawan air

Untuk Chocolate Fudge:-
1/4 cawan Vegan Margerine (ummi guna butter jek..hehe)
3 sudu besar air (ummi guna 5 sudu besar)
2 1/3 cawan gula aising
2 sudu besar serbuk koko (*)
1 - 2 sudu besar air panas (*) bancuh bersama

Masak butter dan air di dalam sauce pan dengan api perlahan hingga butter cair. Angkat dan masukkan gula aising dan serbuk koko. Kacau laju hingga adunan benar2 sebati dan berkilat. Biarkan benar2 sejuk sebelum diletakkan di tengah kek dan dipaip atas kek.

Untuk hiasan:- (ummi x letak pun)
Serbuk koko untuk tabur
1/4 cawan kacang/almond cincang - tabur

Cara Membuat:-
Preheat oven ke suhu 170C. Griskan loyang bulat ukuran 8 x 3 in dan alaskan dengan baking sheet. Ayak serbuk koko dan baking powder. Satukan dengan tepung. Masukkan gula kastor dan esen vanila. Masukkan minyak dan air berselang seli dan gaul rata adunan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 40 - 45 minit/hingga kek masak apabila dicucuk dengan cake tester dan keluar bersih. Biarkan dalam tin 5 minit. Kemudian keluarkan dari tin dan sejukkan di atas wire rack. Bahagikan kek kepada 2. Bolehlah letak sebahagian choc fudge di tengah2 kek, ratakan dan letak semula bahagian atas kek. Kemudian ambil lebihan fudge dan paipkan atas kek mengikut kreativiti. Hehe..ku x pandai lah mendeco kek ni.. *_*

*(Ummi x salut di sekeliling kek kerana ingin menampakkan lelehan fudge di tengah2nya..)

2 comments:

umi_e said...

wah.... simple, cantik, menarik dan pastinya sedap kan!

Ummi said...

Hehe..kak-e, memang boleh tahan sedap guna wholemeal flour ni..anak ummi suh wat lagi nnt..